31 December 2012

Kuih Keria

Salam,

Seronok rasa kali ni dapat hasilkan something yang kita nak. Kali ni aku berjaya dengan kadar 85% untuk buat kuih keria ni. Kikikikikii..sebabnya...aku ter over letakkan tepung ubi!

Ok, untuk resepi kali ni, aku tambahkan 1 lagi jenis tepung. Aku siap-siap telepon akak yang 1 company dengan aku...tanya macam mana nk buat keria yang sedap. Dia kata..letak tepung ubi sikit. Aku tulis dalam nota lagi..'tepung ubi'...sebab aku takut terbeli tepung beras!

Lepas tu...google lah..cari resepi mana nk guna. Tak payah print...hafal dalam kepala otak jer. Balik dari ofis..apa lagi..terus buat! Bila masa aku beli keledek tu? Haha...dah 2 hari beli. Memang simpan dalam stok.

Ada banyak blog aku refer untuk amik semangat buat keria. Semangat ok..bukan resepi semata-mata. Bila rasa dah membuak-buak semangat tu...terus buat. Ni antara tips aku kalau nk buat apa-apa. Pastu carilah blog yang menawan hati korang. Yakin yang kita bleh buat mcm tu gak.

Ni hasil yang berjaya aku hasilkan. Tapi yang bestnya...aku buat keria ni dalam masa stgh jam jer tau!

NI plak bukti aku berjaya menyira kuih keria ni dengan jayanya. Asyik pandang kuih ni jer masa tgh godek2 sbb takut tak jadi!

Beza dua ni kan...beza dekat gula..haha

Ni aku buat guna jari jemari aku jer. Kene ada seni buat kuih..kikiki

Proses menggoreng

Baru siap goreng...panas oooo....
Ok, untuk resepi...aku tak rajin nak taip sangat lah. Tapi aku usaha jugak..Aku copy dari blog sini.

Kuih Keria
Resepi dikongsikan oleh Quinnie, Myresepi (sila rujuk di sini)
  • 500gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-caranya:-
  1. Ubi keledek dikupas, dipotong kecil dan direbus sehingga empuk
  2. Toskan keledek dan kemudian lecek hingga lumat
  3. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama dengan keledek dan uli sehingga menjadi ketulan doh yang tidan melekat kat tangan.
  4. Sapu sedikit minyak dan sapu ditangan anda.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan jari telunjuk anda dan buat bulat seperti gelang.
  6. Susun atas bekas yang telah disapu dnegan sedikit minyak dan buat sehingga habis doh
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan
  8. Panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali yang lain dan kacau sehingga ia likat kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
  9. Padam api dan kacau atau golek-golek kuih tadi sehingga terbentuk bunga gula diatas kuih. Angkat.
Nota:-
  • Pastikan keledek tidak direbus sehingga terlalu empuk sebab nanti doh akan menjadi terlalu lembik dan kuih tak berapa sedap.
  • Saya hanya guna 1 sudu makan gula sahaja sebab tak suka manis sangat
  • Untuk lebih cepat, saya selalunya akan panaskan 2 kuali sekali gus. 1 kuali untuk mengoreng dan satu kuali untuk masak air gula. Saya akan masukkan air dalam anggaran 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan. Apabila kuih siap digoreng, air gula saya sudah likat dan saya terus sahaja masukkan dalam kuali kuih yang telah ditos tadi.
     
    Ok, kat sini aku nk bagi tips, macam mana aku sira kuih keria ni. Ikut jer sukatan yang kat resepi tu. Masaklah sampai gula tu mengelegak. Tips yang abah aku ajar..dah agak2 4-5 min tu...korang try..gesek2 kan gula tu kat tepi kuali. Kalau nampak macam kesat2..gula tu melekat kat kuali tu...terus tutup api. 
     
    Paham tak?...ni jer yang aku tau..hehehe...tak per...try & error ok. 
     
    Wassalam
     
     
     
     
     

18 December 2012

Hasil Tak Menjadi :(

Salam,

Ok, kali ni memang post paling jujur. Sebab dah lama gila aku tak buat apa-apa kek. Hasilnya tangan aku jadi langsung tak hebat. Hahaha..hebat ker??...tak ok!!

Cuma sedih...selama ni Allah bagi aku rezeki..semua hasil aku buat..menjadi walaupun pertama kali aku buat. Sesusah mana pun..Allah bagi izin...semua jadi.

Tapi kali ni...huwaaaaaaa...sedih. Tak tau plak sebab apa. Last-last terpaksa mansuhkan dengan cepat hasil kek pisang bantat tu.


Aku bagi view gambar yang malap lah. Sedih dengan hasil ni. Walau pun aku rasa masa tengah panas...rasanya masih tak menceriakan hidup aku. Tak per...lepas ni..aku yakin..aku bleh buat yang terbaik!!..

Perlu ker aku post entry ni...perlu...nk tunjuk..aku masih belajar... belajar dari kesilapan...kikiki..


Lauk Paling Pantas

Salam,

Huwahahaha...tak payah nak bebel panjang lah...setelah berbulan tak endah dekat dunia blog. Banyak jer blog-blog yang aku baca...lama tak update. Kikiki..

Kerja-kerja harian dah membataskan semua urusan. Tapi hendak seribu daya lah Pn Nani oiiiii!!..

Ok, lauk simple lagi...tapi best. Best dalam istilah hidup aku jer..



Udang panggang bercajun. Wah-wah...nama nak hebat...konon-konon nak letak nama grill tadi. Tak payah...sebab masa buat udang ni cepat sangat, jadi tak payah nak letak nama English. Tak sampai 5 minit pun nak make up udang ni. Cuma nak masak tu amik lebih masa jer.

Resepi pun aku hentam jer. Eh..sedap tau masak hentam2 ni. Lebih lazat dari masak secara skema. Ok, bahan aku letak serbuk kunyit, garam dengan serbuk cajun. Senang kan. Tak payah resepi pun korang dah bleh agak.

Ok, lepas 10min..aku panggang..(kunun2lah) atas non stick kuali. Lepas tu..tunggulah semuanya masak...Angkat..makan terus jer. Sedap!!

Ok, cubalah kalau nak resepi pantas dan sedap ni. Masak tanpa resepi!!!




27 November 2012

Doa Untuk Umat Islam Kita

Salam,



Serius dengan keadaan sekarang...sebagai umat islam...aku sangat terasa dengan apa yang sedang berlaku di Gaza City.

Peperangan yang tidak pernah tamat. Umat Islam tetap ditindas. Kemusnahan setiap hari...tanpa belas kasihan. 

Apa yang kita boleh buat??

Doa..selain solat hajat..semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam.

Di Malaysia...hot sangat dengan kempen boikot barangan tertentu. Insyaallah...aku mampu lakukan..walaupun sebahagian besar barang-barang tersebut sudah menjadi darah daging kita. 

Tak apa..berubah sekarang...sokong selagi mampu.

Moga Allah memakbulkan doa-doa umat Islam 1 dunia.

Wassalam :)



28 September 2012

Taman Cyberjaya

Salam, 


Cerita ni aku patut post sebelum aku kawen lagi. Tapi tak sempat nak buat cerita. Masa tu dah ada idea apa nk cerita..tapi baru sekarang aku ceritakan. Tak per...janji gambar-gambar yg insyaallah menarik..akan aku kongsikan.

Masa ni aku dah jadi tunang orang. Aku pergi dengan family pak cik aku. Dekat jer kalau dari kampung aku, Bukit Changgang. Tapi kalau dari tempat-tempat lain memang agak jauh lah. Orang duduk Putrajaya tak logik langsung kalau kata jauh!!

Suasana kat sini memang tenang jer..masa ni dah nk menginjak ker Magrib..jadi suasana betul2 syokkk sementara nk tunggu matahari terbenam :)

Dalam tasik ni penuh dengan ikan...ikan yang tidak dibenarkan memancing!!..klo tak aku dah bawak suami pegi sini...bagi jer roti...gerenti ikan yang besar-besar gila tu makan!!



Hah..ni tak pasti..dulu2 masa aku g..tempat ni bukak...ada kedai makan..sekarang dah tutup...mungkin masa akan datang..ada pembagunan lain...

Paling best...bawak anak-anak ke sini..untuk main dekat sini..tempatnyer besar..puas kalau budak-budak nak main...aku pun letih..naik turun kat sini..tuk kejar sepupu aku!!



Sesuai jugak untuk korang joging..kalau pergi waktu petang memang best..redup dengan pokok2...ada gak alatan senaman yang best-best gak..Jadi..sesuai sgt untuk riadah 1 family.



Ok, kalau ada kelapangan memang aku nk g sini lagi...boleh tenangkan jiwa...tengok tasik yang tenang..main dengan ikan...best wow!!!..

Jalan nak g sini..memang aku dah lupa...taklah susah..tapi untuk senang..cari dalam google map lah yer..

Wassalam..


26 September 2012

Magie Goreng

Salam, 

Hah, ada gak menu yang bisa aku postkan. Dah jarang masak..macam ni lah. Ada jer halangan nak amik gambar. Resepi simple sangat lah. Sebab semua boleh buat. Yelah, nak gaya macam mamak tak lah pulak. Sebab banyak sampah sarap..kikikiki...

Magie goreng ni jenis agak basah..ikut selera lah kan. Nk yang kering pun boleh jer. Aku tak letak bahan yang bukan-bukan. Sebab tak minat sangat. So, kalau nk ikut cara aku...bleh jer. Kalau tak nak..biarlah...aku tak kisah..hahha..






Bahan-bahan:
  •  1 bungkus magie
  • bawang puith + besar
  • cili padi
  • telur
  • sosej 
  • kobis
Ni basic bahan aku sahaja. Terpulang lah pada yang lain nk tambah apa-apa lagi. Tak salah pun..selagi korang tak letak tempoyak dgn pekasam..haha..

Caranya senang jer. Ikut lah mcm mana korang nk tibai. Rebus dulu magie mee tu. Lepas tu...masukkan semua...termasuk dengan perencah magie tu. Kalau ikut aku..last sekali baru masukkan telur. Tu yang ala-ala basah jer.

Siap...makan masa panas. Tips untuk sedapkan magie goreng ni...makan masa lapar!!..

Wassalam. 

Senior Admin & Account Executive

Salam,

Ok, topik kali ni agak lari dari topik yang biasa aku bebelkan. Sebab, baru aku teringat nak kongsi cerita ni. Tak lah hebat sangat, tapi bagi aku...ianya memberi nilai yang tinggi. Sebab, hari-hari jumpa!!!

Merangkap sebagai salah seorang anak pemegang saham syarikat aku bekerja, juga sebagai head of account department. Sangat tegas dalam kerja. Semua kerja perlu cepat, tepat dan tak boleh salah. Buat masa ni, motto hidup dia adalah " closing account in 5th working day!". 

Pertama kali kerja sama dgn Ms Ang dalam tahun 2006, sangat mencabar sebab dia seorang yang suka marah. Pantang salah sikit mesti kene sound lah. Apa yang dia ajar kita mesti paham dan jangan buat-buat paham. Muka dia jugak jarang nak nampak senyuman, apetah lagi nk bergurau senda bagai. Tempat duduk die belakang aku jer, jadi........tak boleh nk rehat sangat. Pantang aku relaks, dia mesti tanya...sudah tak ada kerja ka?

Lumrah kerja dengan orang Cina. Nak rehat, tea time ker...5min rest ker..memang tak der. Mesti buat kerja dalam masa kerja 8 jam sehari. Tapi..macam mana aku boleh sabar kerja dengan dia??..nnt aku cerita. 





Dari tahun 2006 tu sampai lah sekarang...aku masih lagi kerja disisi dia. Bayangkan..diam tak diam..dah berapa tahun aku kerja dengan dia. Paling aku nampak mungkin keserasian. Aku penyabar sket kot..hahaha..yelah..dia ni jenis agresif...tapi aku jenis relaks dalam hal membabitkan kerja jer. Nak uruskan department account bukan senang, sampai masa kerja berlambak dengan nak closing account..semua jadi stress. 

Ada masa aku marah..dia cool jer...ada masa gak dia tak buat kerja...aku yang cover. Paling best...bila aku buat silap..die orang pertama cover aku...kikikiki...Dia tak pernah burukkan nama aku depan bos. Buktinya...big bos baik jer ngan aku. Kalau ada..aku tak tau lah kan..hahha.

Paling berharga..ialah bila dia ajar aku apa-apa. Dia akan ajar dari A sampai Z. Tak kira aku pham atau tak..die akan ulang benda yang sama. Tapi lepas tak pham gak..die biarkan jer..haha. Aku kan jenis tak minat buat akaun dan kerja-kerja mengira. Tapi benda tu jugak jadi punca rezeki aku...Ms Ang yang banyak ajar..debit credit account. T format untuk selesaikan masalah. Fixed asset, disposal account. Hah..banyaklah..takkan nak list satu-satu. Sampailah dia ajar aku nk closing full set account. Cuma aku jer..paham atau tak..kikiki

Makin kenal Ms Ang..baru lah tau..die macam mana. Taklah semua baik..tapi alhamdulillah...semua dah dikawal oleh aku. Bab perangai die lah. Sekarang dah senyum hari-hari. Hari-hari jugak bergurau senda. Kalau dia tak kerja..serius...aku memang tak boleh buat kerja. Kalau die ada..kerja aku beressssss.. 

Bab cuti jer aku bengang dengan die. Aku cuti die ok jer..masuk cuti..semua salah silap aku die kaji. Ada jer yang tak kene. Kikikiki..Masa aku nk cakap aku nk kawen, muka die agak lain sket. Macam tak percaya lah aku nk kawen. Kiranya die takut aku pindah tempat kerja. Tapi buat masa ni tak der lah kot.hahaha.

team kitaorang yang ada sekarang :)

Eh..panjang gak citer pasal die ni kan..haha...kesimpulannya..banyak ilmu sejak kerja dgn dia ni. Dia ni serba serbi tau. Jadi memang tak susah nk tanya. Senang dibwak bincang..tapi bab bukan cuti lah. Tak makan daging lembu...jadi aku kene buat spagetti ayam jer kalau dia nak makan. Sayang gila kat anak buah...siap buat mcam anak sendiri. Ada sorang mak angkat yang kaya raya. Walau bapak dia memang dah kaya. Tak sombong...tak menunjuk lah die kaya. Hah..banyaklah...sebab tu senang kerja dengan die.

Team baru kitaorang sekarang kuat ketawa. Jadi suasana ofis tak sunyi lah. Semoga..sentiasa kekal macam ni lah hendaknya. Melainkan ada perubahan staff lain. Heeeeeeeee...



Bagi aku, head yang baik..memberikan semangat kepada staff untuk kerja dengan baik dan mungkin kerja lebih lama. Ms Ang..sentiasa menjaga kekurangan staff di mata big bos. Semoga Ms Ang...mendapat jodoh yang baik..dapat menjadi orang paling kaya 1 hari nanti.kikikikikiki..:)



Wassalam.




04 September 2012

ayam dan kereta

Salam,

Kuat bebel pulak aku minggu ni yer....ada jer story nk kongsi. Baguslah..dr aku diam jer tak der cerita. Tapi cerita aku ni sekadar cerita lama.

Aku pernah dengar 1 cerita...nk selamatkan ayam..kereta berantakan. Hahha...tak kene kat batang hidung aku. Tapi cuma nk kongsi jer. Kerana nk selamatkan 1 keluarga ayam...ibu ayam dengan anak-anaknya melintas jalan...sebuah kereta berhenti mengejut di tengah jalan.

Akibatnya....kereta dr belakang...melanggar kereta yang tiba-tiba berhenti. Seterusnya...yang kereta dibelakang lagi..hentam lagi kereta depan...dan bersambung sampai 6 kereta terlibat. Ahaks....

Aku pikir...patut ker kita berhenti sebab 1 family ayam? Kereta yang berhenti tu..memang tinggi harga keperimanusiannya kat ayam tu. Tapi kesannya...kereta die masuk bengkel. Tak salah nak berhenti...tapi tengok keadaan kita. Bahaya tak sekiranya kita berhenti mengejut. 

Tapi benda dah jadi..pengajaran...mungkin lepas kene tu..pemilik kereta menyesal sebab berhenti mengejut..tak pun..dia bangga sebab dapat selamatkan 1 family ayam tu.

Kalau aku??...aku terpaksa langgar ayam tu. Kalau tak der kereta kat belakang aku..aku berhenti lah. Sebab sekarang..kos hidup tinggi...lagi2 nk kene tunggu insurans yang memang lambat dapat. Kereta masuk bengkel...susah hati kan. Nak pergi kerja...nk hantar anak sekolah.

Apapun..ikut diri sendiri. Cerita ni sekadar borak kosong.:)

Wassalam.








03 September 2012

subjektif vs objektif

Salam,

Salam lebaran lagi semua..:) 

Kali ni masih lagi bukan topik makanan...entah bila aku nk mula amik gambar lepas masak lauk ntah. Bukan apa..memang tak sempat nak shoot apa2 gambar. Yelah sejak kawen ni semua benda berubah. Jadi kene amik masa sket lah yer. Yang pasti aku tetap masak ok!!

Topik kali ni..macam poyo jer. Tapi inilah kenyataan yang aku kene dan sedang hadap. Ingat lagi masa zaman sekolah. Kan ada 2 katogari soalan masa periksa. Ada baik ada buruk untuk 2 jenis ni. Aku suka jer jawab soalan objektif...sebab ada pilihan jawapan. Tak tau mana betul..tapi ada jawapan tuk soalan tu. 4 pilihan dan pasti 1 mesti betul.

Soalan subjektif pulak...tak der pilihan jawapan. Samaada jawapannya fakta atau idea baru. Tapi soalan periksa semua memang fakta. Tak study memang tak dapat jawablah kan!. Subjek paling aku tak lupa & biasa kita jumpa dalam subjek matematik kertas 2, sejarah pun ada kot. Memang haru bila nk jawab subjek mate. Yelah....aku memang kurang minat..hehehe :)

Tapi bila bab jenis2 soalan ni masih diguna untuk kehidupan sehari-hari???

Soalan paling popular tuk aku sekarang....berkaitan anak :(

Walaupun soalannya berbeza bunyi...tapi kata kuncinya tetap sama. Macam mana nk jawab dengan jawapan paling bijak???

Lagi 1...untuk soalan ni..ada 2 jenis manusia yang bertanya...pertama..tanye dengan ikhlas...dan jenis ke 2...tanyer dengan niat...

Jenis pertama...biasanya dari kawen baik...nk tanyer tu...di tapis-tapis soalannya...takut kita terasa...dan disertakan dengan doa...lepas abis tanyer tu...dapat lagi kata-kata semangat...:)

Jenis ke 2...tanyer dengan niat. Niat utamanya memang nk tanyer...bila kita jawab..belum lagi...insyaallah ada...dan...akan ada soalan seterusnya...merancang ker??..ada masalah ker??...dan tgklah memek muka org yang tanyer tu...senyum jer..sbb die dah ada cucu!

Aku pernah tertanya 2 orang kawan aku yang masih tiada rezeki mendapat anak...serba salah..demi Allah..aku memang tak patut tanyer mcm tu. Atas sebab tu aku baiki kesilapan aku. Aku dah minta maaf..sebab memang tak sengaja. 

Paling jahat..aku tanyer 2 kali untuk orang yang sama...kejam kan...karma dah datang ..aku plak kene tanyer...kikiki...padan muka..

Bila kene tanyer soalan subjektif ni...dengan nama Allah aku jawab..masih belum ada rezeki...Insyaallah...ada...tidak merancang pun...m/cik, p/cik, kakak, abang..doakanlah yer. Lepas senyum..aku bangun..pergi tempat lain..:)

Subjektif sangat soalan ni kan..boleh mengundang emosi. Aku post topik ni untuk kesedaran diri sendiri...aku pernah tanyer orang...sekarang aku ditanya. Semuanya atas kehendak Allah..kita hanya bleh berusaha...dan merancang...tapi semua atas kehendak Allah.

Aku pernah jugak ditanyer dengan budak kecik yang belum sekolah. Sentap jugak..tapi aku senyum...jawab cara bebudak gak.:). Aku tak boleh nk halang orang tanyer soalan yang macam mana...ikut kehendak mereka lah..tapi bagi aku...pilihlah soalan yang bijak tanpa menggores perasaan..tapi bila tak sengaja jugak..sabar sahaja :)

Insyaallah...rezeki aku masih belum sampai..doakan kami dan yang lain-lain. Tak tipu pun bila dengar member lain dpat berita gembira..aku terasa..tak tipu ok...tapi tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka...kikikikiki :)

Untuk lepas-lepas ni..aku tak pernah tanyer lagi..kalau ada pegang baby tu..adalah tu kan..masa tu bleh tanyer macam-macam..hehehe...positifkan diri sendiri...untuk tabah menghadapi ujian Allah...

Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Amin..:)

Wassalam.

 








30 August 2012

Hidup Baru

Salam,

Ok, tak perlu nk kata lamanya tak update blog. Blog dah terkubur ker..sebab memang dah betul. Lama tak update. Aku rasa mula aku kawen, sampailah lepas raya ni..mmg terlalu sikit masa aku bagi untuk menulis.

Ok, tinggal ke tepi sekejap. Nak cerita panjang kot ni. Hidup baru aku dah bermula. Aku anggap sejak aku kawen, aku ada kehidupan baru. Tak macam masa zaman anak dara lah. Semua benda bleh buat sendiri. Nak kemana bleh jer pergi bila2. Tapi sekarang dah lain. Tak payah huraikan pun semua dah tahu kan :))

Tanggungjawab yang nk dipukul bukan lah senang. Mula rasa nk kawen tu dah tau apa kene buat lepas jadi isteri. Sekarang ni masih lagi nak sesuaikan diri untuk jadi isteri solehah...insyaallah :)

Tapi...tapi aku tetap insan yang sama macam dulu. Cuma bertambah tanggungjawab...dan tapi...kene ada batasannya. Paling ketara susah sikit dah nk keluar dengan kawan-kawan baik aku. Kene kurangkan banyak peratus gak. Apapun kawan ni sampai bila-bila. Walaupn dah kawen bukan bermakna putus kawan atau tak payah call, sms ker. 

Insyaallah selagi otak aku masih sempurna, aku tak terpikir nk lupakan kawan. Bukan senang nak cari kawan yang baik. Lagi2 kalau dah kawan dari sekolah rendah masuk ke menengah masuk masa sambung belajar dan bla..bla..bla...:)

Family plak...dah kawen dah tentu ada family baru. Kene plak nk sesuaikan diri. Time raya plak kene bahagi masa tuk raya sana sini. Aku baru jer rasa semua tu. Mula-mula memang agak payah. Masih perlukan masa tuk biasakan diri.

Apapun, family tetap dalam hati walau en suami dah masuk tangga no 1. Family tetap penting yer. Aku sayang kat family aku..(emosi sket)

Perlu ker bebel lagi...errmmm..sket lagi jer yer. Lepas kawen memang tak der masa nk amik gambar apa yg aku masak. Kuih raya pun sama. Tahun ni aku buat 2 jenis jer yang sempat. Nak amik gambar gak. Rasanya macam tak cukup masa nk masuk bilik amik kamera..kikikiki..

Tak per...insyaallah...kuih raya tu ada lagi...semapt karang aku amik...bleh post bebila...rayakan sebulan...:)

Hah, lepas raya ni banyak pulak jemputan kawen. Dah mula balik busy. Sekarang lagi banyak jemputan. Sebab en suami pun ramai kawan. Hehehe...wajib kot datang bila org dah jemput. Insyaallah...:)

Ok, kerja ofis tak pernah kurang..baru rasanya tahun lepas setel barang nk hantar pergi audit. Sekarang dah kene buat lagi. Setahun tu cepat tul rasanya kan. 

So, aku berenti dulu...sambung next page yer.

Wassalam :)


29 June 2012

Gadis berdarah manis

Salam,

Ok, entry kali ni aku tak post makanan. Nak cerita pasal kisah pertunangan bekas staff ofis aku. Tapi aku dengan gadis manis ni masih tak boleh berpisah. Hahah..tak taulah...jiwa dah sebati kot masa kerja sama-sama dulu. Lagipun, tak rugi kot kawan sampai mati.:)

Gadis manis ni bertunang dengan pilihan hati. Bukan family yer. Tunangnya insan paling bertuah sebab akhirnya dapat jugak mengikat ikatan pertunangan. Sebab gadis manis ni baik ok! 

Aku tak berapa kenal sangat dengan tunangnya, tapi kenal banyak dengan gadis manis ni. Jadi, aku doakan yang terbaik untuk mereka berdua dan dapat menghadapi dugaan alam pertunangan ni. Memang akan ada cabaran yang mendatang. Sabar paling penting.

Apapun, yang pasti semua dugaan sebelum bertunang sebelum ni mematangkan mereka berdua ni. Dengan kematangan itulah akhirnya mereka bertunang. Amin...Jodoh tu tak kemana kalau Allah dah buka laluannya. Semuanya akan berjalan dengan baik.

Untuk Ewa...selamat bertunang ok.:). Kalau ko nak tau..sebelum akak balik, borak jap ngan mak ko. Dia dengan semangat kata.."ewa cantik sangat kan hari ni". Akak pun angguk..sebab betul..heeeeeeeee :)




Wassalam.

22 June 2012

Ikan Tenggiri Sambal

Salam,


Hah..sedihnyer lama tak update. Kali ni sungguh-sungguh nak update. Seronok dapat bebel sorang-sorang lepas tu ada pulak orang sudi baca.Hehehe..:)

Kali ni aku nk update lauk yg dah lama jugak tersimpan dalam folder gambar aku. Masih menunggu giliran nk di post. Istimewanya kali ni, ikan yang aku masak ni....khas ditangkap sendiri oleh suami aku.

Hah..korang tau apa perasaanya...best sangat-sangat makan ikan segar ni. Oh yer...suami aku memang suka turun laut kalau ada kelapangan. Naik bot. Pasang jaring..dan tarik jaring. Kalau rezeki Allah nk bagi..tak ke mana...dan dapatlah ikan tenggiri ni. Ikan yang jarang aku beli kat pasar. Sebab harganya tinggi. :)



Tapi..sayang rugi aku...ikan fresh yang aku dapat ni..tak dimasak terus. Aku simpan beberapa hari. Malas punyer cerita lah. Kuranglah rasa manis ikan segar tu.Lepas tu..aku takut nk masak apa. Sebab aku takut masak yang tak sedap. Sebab tu..aku cuma masak sambal yang simple jer ni.

Ok, kalau nk resepi tu..aku tak ikut mana-mana blogger. Masak tanpa benci jer..hehe..tiba-tiba...mentang-mentang dah ada tredmark sendiri.

Aku tumbuk semua bahan ni:

Cili - ikut suka..nk pedas atau kurang
Bawang puith
Bwang merah
Halia
Serai - titik jer
Gula
Garam
Ajinamoto

Ikan dh goreng siap2 lah yer.

Panaskan minyak...tumis sampai masak...biar cili tu masak betul2. Lepas tu...masukkan ikan. Tunggu lapar, makan dengan nasi panas. Peerrrhhhh..memang sedap lah.

So, selamat mencuba.

Wassalam.
 

04 June 2012

Naget Ayam Kali ke 2

Salam,

Wahhh...rindu nk post kat blog. Hah...abislah...lama sangat tak update. Nanti orang ingat aku dah tak aktiv. Heh..betul ker eja aktiv ni. Kikikiki :)

Ok, memang lepas kawen lama tak update. Kejar masa siapkan kerja. Kerja kat ofis banyak. Semua nk up to date. Semua nk masa tu gak. Memang pening. Tapi kerja tu ibadah. Sabar jer Nani oiii..heeeeeeeeeee.

Lepas kawen aku bukan tak masak, memang ada. Tapi tak sempat nak amik gambar. Terus makan. Sebab tu tak update apa2. Kali ni stop citer pasal citer kawen. Aku sambung bab makan. Rindu kan...:)

Macam yang pernah aku kata, aku try nak buat naget ayam balik kan. Akhirnya menjadi. Gambar ni pun aku amik dekat ofis. Stok yang aku bawak bekal. Macam biasa, resepi masih dari orang yang sama. Dari blogger Bukan Sekadar Masakan. 


Resepi ni dah beberapa kali aku buat. Kali ni, masa buat naget ni, aku termalas nk blender roti. Untuk buat serbuk roti. Klo malas patut beli jer. Tapi aku tak beli gak. Aku terus letak serbuk roti warna kuning ni gak. Jadi, macam tak berapa best. Kikikiki...tapi jgn risau.

Sebab, rasa ayam yg banyak...dan makan masa panas..wachhhaaaaaaa...sedap! Hehehhe. So..kat bawah ni resepinya dan bleh klik sini untuk refer gambar yang lebih ayu gitu. hehehe :)

 
Homemade Nugget Taufu Resepi II
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
400gram daging ayam kisar  ( ros guna jenama ramli)
250gram taufu lembut
1/2 biji telur
sedikit garam
200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.

3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.

4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.




Selamat mencuba yer!!

26 April 2012

Kisah Cinta Bab Awal

Salam,

Mood nak menulis dah ada..Cuma masa jer tak der. Sebelum korang terus kan agenda membaca cerita aku ni...nk dimaklumkan...cerita ni adalah cerita benar...kikiki...kalau dah bosan..bleh lah keluar tanpa muntah yer...hohoho :)

Sebelum ni aku dah tulis...lps kawen nk citer sket pasal En Z dan mcam mana kitaorang jumpa..bila bercintanya..bila dan kenapa...semua tu lah aku nk citer.

Tapi masih ditapislah..tak semua kot nk cerita..malu kikikiki :)

Tahun 1999 - tahun ni tahun aku nk PMR...form 3. Masa nilah aku kenal ngan En Z. Masa ni jugak aku masih kurus...hahaha...

Kitaorang kenal dalam bulan 7. Alkisahnya...akak aku pergi satu program sekolah. Tak ingat dekat mana. Lepas die balik umah tu...ada orang call nak kenal dengan akak aku. Tapi akak aku tak layan. Bukan En Z yang usha akak aku..tapi kawan die.

Ntah tiba2 macam mana...aku plak bleh terlayan kawan En Z...dan En Z sekali. Sbb ayat die manis masa tu..huhu...dan...adegan call dgn En Z tu berlarutan smpai lah bila-bila....

Senang jer kan aku kenal..tapi masa ni mmg tak pernah tgk muka. Masing-masing tak tunjuk muka...cuma borak jer. Tapi masa ni aruah mak pesan...jgn gayut lama sangat. Nak exam kan...hhuhu..:)

Bab kenal dah tau...bosan??...jgn teruskan kalau bosan yer...:)


Jumpa pertama kali -  Alamak...macam tak pasti pulak...hah...dah ingat...pertama kali jumpa..En Z datang umah masa hari raya. Die bawak sekumpulan geng motor die. Dahlah masa ni aruah mak tak der kat umah.

Insan pembantu masa tu tak lain tak bukan Pn Ibu Ammar dengan Cik Nurul Nadia. Tolong buat air. Aku masa ni berdebar ok.heeeee :) Taklah lama mana pun sebab nama pun budak-budak lagi. Jadi, lepas habis air..En Z dan semua kawannya balik..happy!!

Lepas tu, jumpa kali ke2 dekat Morib. Huhu..masih diteman Pn Ibu Ammar yang masa tu masih lagi Cik. 1st date, aku kene tunggu lama. Sebab En Z tak sampai2 pun. Sampailah aku decide nk balik jer. Tgh tunggu bas, En Z sampai. Masa ni baru aku tau...ada jodoh sket time tu. Heeeee

Habis citer dah bab kenal. Lepas-lepas tu aku tak jumpa. Masing-masing sekolah. Tak derlah nk dating sebulan sekali ker. Memang tak der. Kesimpulannya, aku jumpa dengan En Z 2 kali setahun. Masa raya datang, lepas tu jumpa dekat Morib. Bagus kan..hehehe :)

Hubungan aku dengan En Z masih ada lagi. Sampai habis form 5. Tp dalam masa tu, adalah jugak sekali dua die call. Aku pun tak ambik port sangat sebab sibuk layan life aku sendiri.

Ok, cukup dulu. Aku sambung lepas ni. Apa jadi lepas aku g Kedah. Adalah 1 ke 2 perkara best.Tapi...taklah best mana pun. Cuma sebab cinta aku 1 jer dari sekolah. En Z sorang sampai kahwin. Amin..:)









13 April 2012

Cerita Kawen

Salam,



Syukur Ya Allah...selesai sudah majlis walimah aku. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Cuma adalah beberapa masalah yang biasanya akan terjadi pada setiap majlis. 

Kita tak sempurna..dan tak perlu nak mengharapkan semua sempurna. Apa yang penting semua dapat makan. Heheh..

Kali kedua majlis dekat rumah aku. Banyak dah belajar dari majlis pertama akak aku. Jadi, bajet untuk majlis aku ni..di bawah kawalan. Amin...bukan senang ok nak menguruskan majlis kawen ni.:)

Tak terkata terima kasih untuk keluarga aku yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan majlis. Sejak dari majlis akad nikah sampailah ke majlis hari ahad. Menjadi orang penting majlis bukan mudah jugak. Semua orang cari kita untuk tanyer segala benda. 

Jadi..kesabaran adalah sangat penting. Walaupun kadang2 muka kelat...tapi aku tak heran. Yang penting, akak aku, abg ipar, Wawa, adik dan Abah...sentiasa ada. Tak lupa pada En Suami yang jugak membantu seminggu sebelum majlis. (Aku nikah seminggu sebelum majlis).

Ok, kat bawah ni cenderahati dari aku untuk tetamu. Khas untuk member aku. Kotak cantik ni ditaja khas oleh kakak aku yang tercinta. Beli dekat Z-C Nilai 3. Kata orang kedai tu design baru. Harga sekotak RM 0.56 sahaja.





Yang ni pulak benda dalam kotak cantik ni. heheh...di beli dekat GM,Klang. Masa beli ni, dengan Wawa ngan abah. GM Klang banyak pilihan. Tempatnya pun selesa tuk pilih barang. Aku beli barang ni dengan harga borong.
 
  
Ok, yang cenderahati dari abah, aku sediakan yang simple jugak. Janji dibawah bajet. Beg kertas beli dekat Nilai 3. Sebelah Z-C. Murah. 4 paket RM 10.00. Jajan yang sedap tu aku beli dekat banting jer. Sepaket ada 30pcs. RM 4.50. Dan last sekali air mineral bom. Sekotak ada 35 pcs RM 9.00




Gula-gula istimewa. Ditaja jugak oleh kakak aku ngan abang ipar. Best kan dapat tajaan.Hehe. 
 


Ok, ni muka heppy lepas jadi interi orang. Masa ni berdua dalam bilik dengan Wawa yang agak touching. Heheh..nk ceriakan die..amik gambar. heheh...smpai bila-bila pun aku ttp sayang ko Wawa.:)
 

Ni entry permulaan jer. Aku kene dapat gambar dari OP dulu untuk post masa majlis nikah. Ni dari kamera sendiri. Lepas ni aku update majlis nikah pulak. Ok.

Wassalam.