30 November 2011

Kuew Tiaw Goreng Ayam

Salam,

Kali ni aku nak update resepi yang simple sangat-sangat. Tapi aku suka. Ni salah satu makanan yang aku suka. Aku explore macam mana nk bagi makanan ni sedap dan menarik. Taklah pada semua. Untuk diri aku jer ok :}
Masa aku masak ni dekat rumah aku kekurangan stok telur. Sepatutnya aku letak 2 biji. Tapi dan2 tinggal sebiji. Tu yg aku rasa tak menarik sangat. Hehe. Sebab bg aku bila letak telur..seni yang terhasil lain sket. :)

Apapun, kalau korang nk cuba cara masak kuew tiaw aku ni..aku bg resepi kat bawah nnt. Aku tak jamin kesedapannya sebab, semua org boleh masak kuew tiaw ni kan. Cuma..lain org lain cara kan..:)





Ok, ni resepi dan cara aku buat kuew tiaw ni:-

  • 1 bungkus kuew tiaw
  • bawang merah - sebiji - blender/ tumbuk
  • bawang putih - 3 ulas - blender/ tumbuk
  • cili boh - 3 sudu ( nk pedas letak cili padi)
  • daun kuret ( daun bawang kot..aku tau versi org jawa panggil)
  • taugeh - beli 30 sen cukup
  • tauhu - 3 keping
  • dada ayam - potong dada (kalau suka kerang bleh jer)
  • air - 1/2 cawan
  • garam - secukup rasa
  • kicap kipas udang
  • 2 biji telur
Ok, aku agak2 jer bahan kat atas ni ok. Sebab cara masak aku pun..aku suka agak-agak. Ikut hati..heeeee

Caranya:

Aku tumis bawang smpai naik bau. Masukkan cili. Smpai masak. Lepas tu masukkan air. Masukkan ayam dengan tauhu. Tumis smpai ayam masak. Lepas tu letak kicap. Masak smpai mendidih.Masa ni tauhu akan hancur..tu yg best..hehe.

Masukkan pula, taugeh dgn daun kuret. Dalam 5 min masukkan kuew tiaw pulak. Kacau smpai sebati. Lepas tu letak garam. Masa ni kene tgk. Kalau tak gelap..tambah lagi kicap. Masak smpai semua kuew tiaw sebati dgn kicap. Akhir sekali masukkan telur. Gaul smpai telur masak. Tapi jgn masak sangat!. Siap!.

Ni cara aku. Kalau nk ikut silalah. Hasilnya...sedaplah.::::))


Wassalam

Larian Morib 2011

Salam,

26/11/2011, ari Sabtu..buat pertama kalinya aku serta sekali dalam aktiviti yang Majlis Daerah Kuala Langat buat. Memang tak pernah dalam sejarah aku join mana-mana aktiviti MDKL. Tapi kali ni member baik aku yang handle aktiviti ni, so aku joinlah.:)

Secara seriusnya aku tak training apa-apa pun untuk larian ni. Hantam kromo jer aku join. Memang dah lama sangat tak lari. Sejak kerja tak pernh aku bersukan. Jadi tujuan utama adalah untuk menguruskan badan..dan mencari stamina yang dah lama mati :)

Tak perlu aku cerita keadaan aku semasa lari dan selepas. Cuma korang bygkan jerlah...org tak pernah lari..kene lari 7km. Cuma, aku dah tetapkan dlm otak..takkan naik van Jabatan Pertahanan Awam. Aku berjaya :) Berjaya tamatkan dgn berjalan sahaja. :) Berjaya sampai ke garisan penamat :) Berjaya dapatkan sijil :) Berjaya keluarkan peluh :)..banyak kan kejayaan aku..



Dapat baju percuma..sebab orang ke 2 daftar..


unlucky number...tak menang nombor bertuah :0

Apapun aku seronok join aktiviti ni. Puas hati jugak tengok prestasi yang menjunam. Tak sama macam zaman main bola jaring. Hehe...Lepas ni kalau ada lagi..aku akan join lagi. Paling best...senior exe aku siap bagi cuti untuk sokong aku dan Ewa join larian ni. Tq bos...

Wassalam.

Nota: aku pancit :(

27 November 2011

Muharam datang lagi

Salam,

Salam penuh ketenangan dari aku. Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk menikmati duniawi yang sementara ni. Jadi jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tapi banyak lagi amalan sunat yang baik dibuat dalam bulan Muharam ni. Macam puasa dan lain-lain lagi..

Bila datang jer Muharam ni, aku ingat aruah mak. Dulu-dulu aruah mak suka tampal keratan dari surat khabar yang dibaca. Semuanya berkaitan agamalah. Dan yang aku ingat kelebihan bulan Muharam. Bila fikir balik, apa yang aruah mak buat tu adalah perkara paling baik. Sekurangnya aku baca. Sampai mak meninggal..keratan tu masih bertampal.

Antara yang paling aku ingat..sempena bulan Muharam..aruah mak ada tampal keratan yang lebih kurang macam dekat bawah ni:

SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Rindu dekat aruah mak tak pernah kurang..rasa aruah mak masih ada dengan kami sekeluarga. Apapun sempena tahun baru Islam..aku amat berharap dapat berubah ke arah kebaikan. Cakap banyak pun takut..takut cakap jer lebih..hehe..aku cuma harap hari-hari yang akan datang akan lebih mematangkan pemikiran aku dan segala perbuatan aku. Maklumlah..dah nak tukar status lagi..:))

Wassalam..

Nota: post lambat..patut sebelum 1 Muharam..hehe :)

24 November 2011

Apam Polkadot

Salam,

Berita terbaru sebelum aku nk cerita..aku bangga Malaysia menang pingat emas sukan SEA Jakarta, Indonesia. Sukan SEA tuan rumah paling tak adil pernah aku tengok. Nampak sangat-sangat negara aku dikecam hebat dengan tuan rumah sendiri. Apapun emas bola sepak, tetap Malyasia pegang. Malam masa tgk bola tu, aku tengok sorang-sorang. Sorak pun sorang-sorang. Paling gerun masa penalti akhir Badrol...aku punyer melompat..sorang-sorang..sedih kan..:(

Ok, berbalik citer apam polkadot ni. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak hasil yang terbaik setakat ni. Lembut gebu masa panas. Masa sejuk oklah. Dah aku godek blog orang tuk cari resepi mau tak ok kan. Untuk kepuasan diri kan.

Aku akan share kan sekali resepi tuk korang cuba. Resepi ni pun aku dapat dari orang. Aku takkan simpan sendiri..kikiki. Kisahnya lagi..apam ni aku buat sebab dapat tempahan dari sepupu aku. Macam tak percaya lah. Ada jugak orang nk order kan.. Apa pun terima kasih untuk semua yang menyokong.

Apapun aku tetap amik order smpai bila-bila...kikiki :)






Ni hasilnya lepas penat lelah 1 ari kat dapur. Order polkadot 500 biji. Kat bawah ni resepi kalau korang nk cuba ok. Atau korang boleh jejak blog sini untuk lebih teruja. Oh..lupa plak...pembantu aku untuk order ni..adik aku...Ms Wawa Comel!

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…
Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.


Wassalam

Nota: call aku klo nk order ok :)

17 November 2011

Cik Siti dah kawen!!!

Salam,
 
Entry kali ni patutnya aku update lebih awal. tapi terlepas pulak. Asyik terupload bab makanan jer. Hehe..tak per..janji akhirnya tertunai jugak enrty ni kat blog aku. Cik Siti tu nama sblm nikah. Lepas nikah tukar jadi Pn Siti a.k.a Cikgu Siti.:)

Sedikit sejarah kami: Aku dan As (nick name aku panggil die) kenal dr sekolah menengah. Macam mana rapat tu, bila kitaorang sekelas. 3F di SMK telok datok. Berlanjutan sampai sekarang. Lagi 1 aku rapat sebab aku dan As 1 team Netball & Handball smktd. Lepas masing-masing abis belajar lagi rapat. 
As dan suami kenal pun dari smktd jugak. Banyak cabaran dlm hubungan dia berdua. Akhirnya jodoh tetap ada. Mereka disatukan dalam majlis indah dan hujan dirumah As.Minggu majlis kawen As, hujan turun lebat sangat. Sampai menganggu sedikit perjalanan majlis. Tapi syukur sangat2 hari Ahad tu majlis berlansung tanpa hujan. Amin Ya Allah. 

Layan sedikit gambar2 yang sempat aku upload ni. Apapun As, selamat menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni dengan status sebagai Isteri orang. Hehe..kita tetap kawan sampai bila-bila.:)


Tara!!!..bunga sponsor by Nard...harap2 masa majlis aku..aku dapat 2 bekas..haha

Malam pakai inai oleh nard. Sapa2 nak tempah nard pakaikan inai..bgtau awal2..kiki

Ting!!...dah nk siap, tapi kaki tak pakai lagi..

Inilah saatnya. As dah jadi bini orang...

Aksi bertiga...Ammar posing separuh kepala..haha


Cun..mlm berinai..

Ahad yang indah..majlis bersanding...biru!

Orang kuat..juga yg kat belakang tu..

Fara...comelnyer ko...haha

Cup cake...Fara dah amik dulu sblm As potong kek!..


Nasi Goreng Daging

Salam,

Minggu raya korban masih terasa lg ker?..ermmmm..tak sangatlah kan..tapi post aku kali ni berkaitan daging lah. Pertama kali aku cuba. Masakan berasaskan daging mmg aku jarang sangat masak. Jadi ni antara menu pilihan aku. Sebab tunang aku suka lauk berasaskan daging ni. Jadi kene kerahkan keringat untuk belajar masakan daging...

Jadi, untuk kali ni aku try buat nasi goreng daging. Kira ni percubaan pertama aku dan ada bahan yg kene digugurkan aku rasa. Sebab aku rasa mcm tak perlu. Apa pun..aku makan sikit jer sebab jaga badan..haha..




Resepi Nasi Goreng Daging
  • Nasi putih
  • Ikan bilis *
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili*
  • Daging - dah siap empuk
  • Serbuk kari ayam daging
  • Sayuran pilihan sendiri
  • Telur sebiji
  • Garam
  • Air
Ok, ni bahan asas pilihan aku.Tumbuk & tumis semua bahan *,lepas tu masukkan daging dan serbuk kari.Biarkan sekejap dan tambahkan air sedikit. Lepas tu garam dan sayuran. Dan lepas tu masukkan lah telur dan nasi. Rasa sblm angkat. Lepas tu siap!


Kalau nk cuba silakan..hehe


14 November 2011

Hari Kumpul Lemak!!

 Salam,

Hah....rasa bersemangat jer tau..heheh. Pergi mana-mana pun orang kata aku darah manis. Huh..aku nk google lah apa makna darah manis. Heeeeeeeeeeeee :)

Ok, lepas raya hari ari tu, adik beradik aku semua kumpul kat umah. Ala-ala lepak lah. Kira aku pun tak g mana-mana lah. So, plan kitaorang mesti kene masak!!! Sebab daging korban yang abah aku dpt punyerlah byk. Alhamdulillah. Rezeki kan.

Nasib ada abg ipar aku. Daging yang dia potong cun dan cantik. Menepati standard masterchef lah kot. Haha. Lepas rebus semua, kitaorang decide nk buat:- :)

  1. Kari Daging - aku masak!
  2. Tumis Peria - akak aku masak. Lepas belajar dgn mak mertua...hihi
  3. Paprik Daging - masak bersama..tu yg rasa mcm2..haha
  4. Sambal belacan - aku masak eh kakak aku buat...die mmg pandai bab sambal belacan!
  5. Ikan pekasam & gereh (ikan masin) - wawa BELI..dekat Kuala Lumpur!! 


Ni lah peria kecil....aku tak berminat nak cuba makan pun..hehe


Best tgk...tp nk rasa tak kot...gila pedas!


Hah..ni lah kari daging...aku masak lama..nk bg daging lg lembut...tp ok jerlah..sbb aku mmg jarang masak daging.

Pekasam & Gereh...bleh jer dpt dekat KL..(dah agak dah..mesti aku salah pilih gambar nk upload...gambar ni goyang...cit..!)

Paprik daging + lobak...hahha..lobak lg banyak dr daging :0


Ok, bila dah kenyang semua rehat dan ketiduran..hahha...mmg bikin lemak paling hangat lah minggu ni.Rasa nyaman dan tenang jer tau bila lepak kat umah...dan acara makan bersambung ker petang......jom tgk!

Roti jala lah...beserta lempeng...nasib tepung dekat umah mmg tinggal 1/2kg jer...klo tak mau 1kg aku buat.kikikiki...

Apapun..seronok sesekali lepak dgn family ni. Apa yang kita ada..tak sama dengan harga sebuah ikatan kekeluargaan yang mmg takkan putus sampai bila-bila. Syukur ya Allah Kau beri aku sebuah keluarga yang begitu penyayang dan damai.

 
Roti Jala!!!!

Lempeng dot dot....bahan asas buat lempeng...ala2 mcm buat pan cake..

12 November 2011

Raya Haji 2011


Salam,
Alhamdulillah..raya haji baru jer lepas. Semoga sesiapa yang menunaikan ibadah haji tahun ni, dapatlah keredaan Allah untuk mendapat haji yang sempurna. Aku pun harap 1 masa aku akan ke sana jugak..amin..

Macam biasalah, raya haji ni aku tak ke mana-mana pun. Pagi2 abah dah ke masjid sembahyang raya. Aku masih dekat bilik. Kikiki. Lepas tu abah siap2 ke masjid. Untuk ibadah korban pulak. Tahun ni ada 2 tempat. 1 kat masjid dan 1 lagi dekat surau kot. Pukul 12 abah aku baru balik. Lama jugak...igtkan lapar, aku dah siapkan sup ikan. Dan2 abah aku kenyang sebab dah makan kat masjid.

Petang tu lepas zohor aku pergi Bukit Changgang. Kampung tersayang. hehe. Bibik aku pun tak balik kampung raya ni. Alhamdulillah lah, dapatlah peluang aku makan ketupat. Best sangat-sangat. Datang2 jer terus makan. Semua dah siap. ting!!..


Bibik aku anyam sendiri..buat dengan anak2-nya. Petua masak ketupat..masa rebus tak boleh tambah air. Jadi masa rebus make sure air dah diletak banyak yer..


Rendang ayam kampung..bibik aku masak berejam sebab tertido..

Kuah kacang mantap gila. Cukup semua rasa..aku bagi markah penuh!


Bingka ubi. Lama sangat tak makan. Ni jiran bibik aku bagi

Import from Sg Besar, Mak bibik aku buat. Isinya serunding ikan. Rangup dan sedap!



Tukar Status ..ting..!!


Salam,
Lama sungguh aku tak update apa-apa. Memang sibuk sangat. Dengan cerita baru ni, semuanya mungkin terjawab..kikiki..mcm poyo jer ayat. Tak per hati tengah gembira..tak kisah lah orang nk kata apa.

Aku akhirnya berjaya menamatkan status 'single' yang telah aku pegang selama ni...hehe. Ikut peringkatlah kan..status pertama ialah jadi tunang orang. Rasa teruja dan gerun pun ada masa majlis berlangsung. :?




Ok, aku pun tak nak ulas panjang. Sebab baru jer bertunang kan..cukuplah aku cuma kongsikan kisah tunang ni saja. Insyaallah majlis kawen nnt barulah aku update gambar yer. Sekarang ni tak kot. Cukuplah gambar cincin ni.hehhe,.

Lepas tu, ramai yang tak tau aku bercinta sebelum ni. Errrmmmm..memang lah...aku tak tau nk bising-bising kisah cinta ni. Cukuplah aku bgtau aku dah kenal dari tingkatan 3 lagi. Kisah cinta ni aku hanya akan ulas bila aku sah menjadi isteri orang.Heheh..Masa tunang ni aku tak naklah cerita. Takut-takut jadi kisah dongeng. Hehe..:)

Wassalam.

04 November 2011

Salam Aidil Adha

Salam,

Aku tak sempat nak ulas panjang..banyak cerita yang masih lagi didalam proses editing. Banyak sangat cerita yang aku nk kongsikan. Tapi disebabkan masa tak ada..aku terkejar-kejar nk siapkan semua urusan kerja. Al maklumlah awal bulan. 

Dikesempatan ni aku cuma nak ucapkan Salam Aidil Adha untuk semua. Semoga raya kali ni akan bertambah bermakna untuk semua. Siapa yang berkorban tahun ni syukur alhamdulillah. Moga rezeki hamba Allah akan terus melimpah. Paling seronok berjuta-juta umat islam yang berada di Tanah Suci. Semoga haji mereka adalah haji paling bermakna. Aku insyaallah, niat telah lama aku tanamkan untuk kesana. Semoga Allah murahkan rezeki kita untuk menjadi tetamuNya. Insyaallah.

Insyaallah di kampung aku ada banyak jugak lembu korban tahun ni. Syukur, orang kampung aku murah rezeki. Dapatlah merasa daging korban lagi tahun ni. Ok, pada yang balik ke kampung, semoga perjalanan anda selamat dan dirahmati Allah. Amin..

Nk smgt korban tu yg amik gambar ni..rasa nk join tahun ni tgk lembu disembelih.Jom sama-sama raikan Aidil Adha tahun ni. Gambar ihsan Google!

Wassalam..

Nota: rindu aruah mak..