27 November 2011

Muharam datang lagi

Salam,

Salam penuh ketenangan dari aku. Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk menikmati duniawi yang sementara ni. Jadi jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tapi banyak lagi amalan sunat yang baik dibuat dalam bulan Muharam ni. Macam puasa dan lain-lain lagi..

Bila datang jer Muharam ni, aku ingat aruah mak. Dulu-dulu aruah mak suka tampal keratan dari surat khabar yang dibaca. Semuanya berkaitan agamalah. Dan yang aku ingat kelebihan bulan Muharam. Bila fikir balik, apa yang aruah mak buat tu adalah perkara paling baik. Sekurangnya aku baca. Sampai mak meninggal..keratan tu masih bertampal.

Antara yang paling aku ingat..sempena bulan Muharam..aruah mak ada tampal keratan yang lebih kurang macam dekat bawah ni:

SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Rindu dekat aruah mak tak pernah kurang..rasa aruah mak masih ada dengan kami sekeluarga. Apapun sempena tahun baru Islam..aku amat berharap dapat berubah ke arah kebaikan. Cakap banyak pun takut..takut cakap jer lebih..hehe..aku cuma harap hari-hari yang akan datang akan lebih mematangkan pemikiran aku dan segala perbuatan aku. Maklumlah..dah nak tukar status lagi..:))

Wassalam..

Nota: post lambat..patut sebelum 1 Muharam..hehe :)

No comments:

Post a Comment