24 November 2011

Apam Polkadot

Salam,

Berita terbaru sebelum aku nk cerita..aku bangga Malaysia menang pingat emas sukan SEA Jakarta, Indonesia. Sukan SEA tuan rumah paling tak adil pernah aku tengok. Nampak sangat-sangat negara aku dikecam hebat dengan tuan rumah sendiri. Apapun emas bola sepak, tetap Malyasia pegang. Malam masa tgk bola tu, aku tengok sorang-sorang. Sorak pun sorang-sorang. Paling gerun masa penalti akhir Badrol...aku punyer melompat..sorang-sorang..sedih kan..:(

Ok, berbalik citer apam polkadot ni. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak hasil yang terbaik setakat ni. Lembut gebu masa panas. Masa sejuk oklah. Dah aku godek blog orang tuk cari resepi mau tak ok kan. Untuk kepuasan diri kan.

Aku akan share kan sekali resepi tuk korang cuba. Resepi ni pun aku dapat dari orang. Aku takkan simpan sendiri..kikiki. Kisahnya lagi..apam ni aku buat sebab dapat tempahan dari sepupu aku. Macam tak percaya lah. Ada jugak orang nk order kan.. Apa pun terima kasih untuk semua yang menyokong.

Apapun aku tetap amik order smpai bila-bila...kikiki :)






Ni hasilnya lepas penat lelah 1 ari kat dapur. Order polkadot 500 biji. Kat bawah ni resepi kalau korang nk cuba ok. Atau korang boleh jejak blog sini untuk lebih teruja. Oh..lupa plak...pembantu aku untuk order ni..adik aku...Ms Wawa Comel!

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…
Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu =)

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.


Wassalam

Nota: call aku klo nk order ok :)

No comments:

Post a Comment