07 June 2021

BANTING - apa yang menarik?

 


Banting!

Mesti korang pernah dengar kan. Sejak beberapa tahun ni Banting agak menarik untuk diborakkan dan disantuni. Banting sedang pesat sangat membangun. Sejak 8 tahun lepas Banting dah pun berjaya menjadi sebahagian besar kuasa ekonomi kerajaan Negeri Selangor. Ini bukan fakta rasmi. Tapi lebih kepada pendapat peribadi aku.

Aku kecilkan skop. Aku salah seorang anak jati Banting. Jadinya tak salah nak dengar pendapat aku. Perlu atau tidak lawati Banting!

Jawapan aku ialah Mesti!

Selain mempunyai Pantai Morib yang unik. Bagi aku unik sebab ada 2 jenis Morib yang aku orang Banting sendiri konfius. Kat sini ada yang gelarkan Morib Baru dan Morib Lama. Hah, padahal air lautnya sama je.

Ok, tempat yang korang kene cuba dan tahu adalah seperti berikut:

1. Pantai Morib

2. Syurga makanan

3. Bukit Jugra

4. Banting tu sendiri istimewa

Kalau korang suka sangat dengan pantai taklah teruk sangat pantai ni. Jujur aku kata air lautnya warna coklat. Unik kan. Mungkin kerana kedudukan Morib tu sendiri memberi kesan kepada warna airnya. Macam aku cakap tadi morib ada 2 bahagian. 

Pertama - kawasan pantai untuk berkelah. Area sini memang direct korang akan jumpa laut dan pasir. Tak ada tembok. So, korang yang niat memang nak berkelah main pasir dan turun ke laut, pergi ke kawasan morib ni. Dari pekan Banting, korang akan jumpa simpang ke Morib ni dulu sebelah kanan sebelum jumpa morib satu lagi.

Morib yang 1 lagi lebih kepada kawasan rekreasi. Ada tembok. Korang tak boleh nak pegang air laut. Tengok dan duduk tepi tembok. Ambil angin pantai. Kat sini juga banyak kedai makan dan malam minggu biasanya ada band dan ramainya penduduk Banting bawa family main belon. .


Serius, aku gembira duduk dekat dengan Morib. Hujung minggu rehatkan minda tengok pantai. Kalau kene masa korang pergi, redup dan angin kuat waaahhhhh lagi nikmat ok.

2. Syurga Makanan

Umum semua tahu, Banting memang terkenal dengan begitu banyak kedai makan. Area paling hot dari lampu isyarat rumah Misbun sampai ke simpang empat nak ke Morib. Kiri kanan penuh dengan kedai makan yang korang boleh pilih.

Biasanya hujung minggu memang meletop semua kedai tu. Entah sedap atau tidak terpulang pada korang yang rasa. Kalau korang lalu dan kedai tu penuh dengan kenderaan biasanya itu yang agak popular. Tapi kat area sini semua tempat penuh dengan kenderaan. Hebat bukan.

Cubalah tiap satunya bila kunjung ke Banting. Tak rugi cuba semua. Aku pun masih berkira kedai mana belum cuba. Sejak sebelum PKP dah bertambah bilangan kedai makan. Cubalah ok!

Oh ye, bila aku cakap syurga makanan tu bermakna semua jenis makanan yang korang bayangkan tu ada. Aku tak de listing jenis makanan. Tapi percayalah, memang ada. Hahaha.

3. Bukit Jugra

Hah, salah 1 tempat yang pihak berkuasa tempatan cuba untuk popularkan. Sejak bertahun lepas Bukit Jugra terkenal dengan aktiviti paragliding. Siapa yang aktif boleh try cuba dekat Bukit Jugra ni. Biasa juga macam tempat-tempat tinggi lain. Tapi sebab ianya dekat Banting. Dah pasti aku lebih overkan Bukit Jugra. Haha.

Aku pernah daki Bukit Jugra ni dan pernah naik guna kereta. Target aku lepas ni nak daki jalan kaki. Orang kata pon bahaya kalau nak jalan kaki/joging. Apa nak buat, zaman sekarang ramai sangat orang yang ambil kesempatan.

View dari Bukit Jugra bukan baisa-biasa ok. Indah sangat. Korang akan nampak laluan sungai yang indah luarbiasa. Entahlah, senang cakap kalau korang berminat dengan hight view ni, Bukit Jugra salah 1 tempat yang korang kene pergi tengok sendiri.



4. Banting itu sendiri istimewa

Last yang penting apa yang bestnya tentang Banting ni, Banting itu sendiri memang istimewa. Sekali korang try duduk sini, hidup dalam masyarakat dan kawasan sekitarnya korang pasti jatuh cinta. Kalau yang terpaksa takkan rasa ok.

Banting tempat lahir aku dan membesar sepenuhnya di sini. Indahnya Banting bukan sebab cara ia membangun tapi bagaimana Banting itu sendiri menjadi sebahagian hidup penduduknya. Rumah aku rumah kampung tapi nak ke hospital tak sampai 5 minit. Balai polis pon. Macam mana aku nk pindah tempat yang kemudahan asasnya jauh dari rumah.

Sekarang ni pula semakin membangun dan semua jenis makanan ada dekat Banting. Tinggal beberapa jenis lagi restoran makanan yang besar belum masuk. Banting tak ada shopping kompleks yang besar tapi kami semua kenal dengan Pasaraya Megah. Kami juga bermegah dengan adanya Pasaraya Econsave yang sangat membantu kami membeli dengan lebih bijak.

Dataran Banting pula dari aku kecil dan wujud. Dahulunya trak joging dia adalah batu. Disusun cantik jadi laluan. Ada 2 bukit yang bila kau dah penat berlari kau rasa benci dengan bukit tu. Tapi sekarang trak back to simen. Bukan batu merah macam dulu. Dataran Banting dah dinaik taraf untuk jadi lebih fleksibel untuk banyak acara. Bila buat semua tu pula, Malaysia dilanda covid19 dan sehingga post ini ditulis PKP 3.0 sedang dilaksanakan.

Lepas PKP boleh korang try datang Banting. Banyak hotel-hotel bajet yang tersedia di pekan Banting. Hotel-hotel bajet kebanyakannya terletak dekat kawasan yang mudahkan korang dapatkan bekalan makan dan bergerak ke kawasan sekitar. Banting tak besar tapi penuh warna warni.

Selamat datang ke Banting semua!

Semua gambar aku ihsan google. Korang juga boleh google untuk lebih gambar dan dapatkan maklumat lain. Entry aku sekadar penyedap rasa. 


19 April 2020

Drama Korea



Another post for today. Haha.

Apa nak diceritakan hari ni? Biar satu masa akan datang akan jadi gelak tawa sendiri baca cerita ni. Dengan typonya dengan kosakata hentam sajalah. Betul, tak terlambat untuk buat blog sendiri.

Ok, kali ni bagilah kita rumuskan satu cerita yang sejak dari beberapa tahun lepas jadi fenomena dekat Malaysia. Dah lama bermula tapi tak dikesan sejak bila. Dulu-dulu dengan K-POPnya. Aku gila tak minat. Sebab lagunya banyak type disco. Rosak telinga nak dengar.

Masa tu boleh nampak gilanya rakyat Malaysia dengan K-POPnya. Sebab tu aku tak kenal sangat penyanyi Korea ni. Lagipun bukan paham pun apa yang dia nyanyi. Tak lama lepas tu tiba-tiba rasanya demam drama korea pulak. Sampailah sekarang dan hari ini. Dan dengan aku juga terjebak.

Aku ada sifu untuk aku tanya semua hal ehwal korea ni. Kalau tanya google ko mesti ada lagi pertanyaan tak pasti. Tapi aku beruntung. Dekat ofis, google je apa nk tau. Lepas tu tanya soalan dekat orang sebelah. Jawapannya detail dan terus paham. Hahah. Kalau dia baca ni terima kasih Musfirah ku sayang.

Aku mula terjebak drama korea pun sebab dia. Musfirah ni siap masuk kelas bahasa Korea tau. Pergi Korea rasanya dah 2 kali. Power tak power. Aku tak berapa ingat cerita Korea yang pertama aku tengok. Kalau nk ikut, cerita Winter Sonata lah yang pertama. Haha. Masa zaman winter sonata ni, demam drama korea tak berlanjutan. Masa tu peminat gila korea masih kecik-kecik. Tak de phone dan internet laju macam sekarang.

Antara drama Korea dan drama Malaysia banyak beza. Mungkin salah 1 sebab kat Malaysia banyak protokol. Banyak topik tak boleh didramakan. Sebab tu orang seni kat Malaysia terbatas nak buat macam drama Korea buat. Macam India. Buatlah apa jenis drama. Orang politiknya tak kisah pun. Korea pun ada sentuh bab Politik. Siap ada watak Maharaja dan Perdana Menteri. Malaysia mana ada kan.

So, kalau korang pertama kali nk tengok drama Korea atau buntu nk tengok cerita apa. Tengoklah apa2. Tp mulakan lah dengan cerita Goblin. Haha. Tapi jangan dibawa kepercayaan cerita ini diluar drama. Kenapa? Kan kita orang Islam. Tengok drama saja sudah. Yang buat cerita ni bukan orang islam pun. Tengok Harry Potter. Logik ke?

Sebab tu aku kata kat Malaysia susah sikit dramanya nk hebat. Sebab kita orang islam. Kepercayaan ini hanya kepada Allah. Tapi kalau nk tengok drama Korea ok je. Tapi jangan berangan lebih je. Lagi 1 bajet. Drama Korea sekarang permintaan tinggi. Kos drama je dah boleh buat filem kat Malaysia.

Ok, drama yang aku listkan ni antaranya yang top ten lah. Banyak lagi drama korang bleh tengok ikut hero yang korang suka. Boleh cari by nama pelakon korang nak dan tengoklah. 

Cheese In The Trap
Cheese In The Trap. Heroin dia antara yang aku suka. Mula-mula tak berapa suka. Tapi makin aku tengok cun saja heroin ni. Cerita ni kene banyak fikir sebab banyak isu. Aku tengok 3 kali kot sebab nak pahamkan cerita ni keseluruhan. Cerita ni hero dan heroin macam tak bersama tapi aku rasa macam saja nak bagi ada season 2.  

Crash Landing On You
Drama ni antara yang meletop dekat Malaysia. Statistik drama ni pun tinggi dekat Korea. Cerita ni antara drama yang korang boleh paham pasal Korea Utara. Realitinya Korea Selatan dan Korea Utara tak berapa ok. Rakyat Korea Utara tak macam dekat Korea Selatan. Korang tengok cerita dapatlah serba sedikti kehidpuan rakyat Korea Utara.

Goblin
Drama yang paling meletop rasanya. Rasanya majoriti rakyat Malaysia tengok cerita ni. Bijaklah penulis cerita ni. Dapat idea untuk draf drama yang hebat ni. Tak terjangkau dek akal. Aku tengok 2 kali untuk bagi paham betul2. Lepas tengok habis kat situlah. Menariknya cerita ni tak sangka Kanada salah 1 tempat dalam plot drama ni. Cantik dan indahnya. Dan menurut sumber tempat dekat Kanada tu jadi tumpuan pelancong. 

Healer
Aku suka action drama. Ni antara yang aku tengok selepas The K2. Lepas tengok 2 drama ni rasanya macam plot cerita sama. Drama ni lebih nk tonjolkan hero tu. Konon betapa hebatnya dan teknologi yang diaorang gunakan. Dasyatlah. Tiba2 hilang. Tiba2 dah selesai masalah. Tapi this one better than The K2.

Descendants of The Sun
Drama ni juga antara yang meletop. Dengan hero dan heroin berkahwin diluar drama. Dan tak lama lepas tu bercerai. Ceritanya pasal askar yang berkhidmat dekat luar negara. Dan tiba2 heroinya si doktor tu pun kene bertugas dekat tempat yang sama. Berjumpalah semula dan bercintalah. Banyak juga tak logiknya. Tapi itulah drama. Yang tak logik tulah yang dijual untuk nampak hebat. Sebab tu drama ni agak hit.

Sky Castle
Drama ni kakak aku yang kenalkan. Dia asyik petik banyak kali jangan tak tengok cerita ni. Dan aku pun tengoklah dengan yakin. Logik dan berasas cerita ni. Mungkin betul realiti dekat Korea untuk golongan kaya dan berharta. Semua guna duit untuk beli nama dan kedudukan. Tak sure realiti sebenar macam ni atau tidak. Tapi rasanya ya. Drama ni bagus untuk ditengok untuk pengetahuan dan pengalaman.

The King - The Eternal Monarch
Ini antara drama terbaharu dekat Korea. On going masa post ni aku keluarkan. Baru 2 episod. Sama penulis dengan drama Goblin. So boleh anggap cerita ni susah nk diramal. Suka dengan drama susah nak ramal ni. Plot macam Goblin ada 2 dunia berbeza. Yang boleh jangka percintaan yang nk dibina bukan senang sebab watak antagonisnya sangat dasyat. Sila2 tunggu setiap Jumaat dan Sabtu.

Vagabond
Hero dia ni aku tak kenal. Tapi lepas habis tengok drama ni aku cari lagi drama dia yang lain. Yang lain aku tak berapa minat nak tengok rupanya. So, aku kenal hero ni dalam drama ni. Drama ni pun ada plot dekat luar negara. Drama ni pun kosnya tinggi. Nampak nak dekat-dekat dengan filem Hollywood. Siapa suka action akan sukala tengok drama ni.


Ok, apa yang aku listkan ni apa yang korang boleh tengok. Tapi rasanya dah tengok kan. Aku agak puji drama korea sebab banyak drama yang bagus dan berkualiti. Setanding drama Eropah sana tu. Korea antara negara yang maju dalam teknologi. Buktinya macam mana Korea atasi covid19 tanpa buat PKP macam negara lain. Dasyatkan.

So, siapa2 yang baru berjinak dengan drama Korea, pilihlah drama yang bagus. Tak semua bagus tak semua tak bagus. Tapi boleh tengok sekadar hiburan. Kesan tengok drama Korea ni, aku bolehlah paham beberapa patah perkataan Korea dan guna dalam kegunaan harian. Bagus kan.

Dekat TV saluran Media Prima sekarang aku nampak dah mula masukkan drama dari Thailand pulak. Aku tak sure kenapa tapi mungkin murah sikit dari drama Korea kot. Haha. So, tepuk dada tanya selera. Boleh tengok tapi jangan overdose.

Saluran mana nak tengok drama Korea ni?

Bisanya yang percuma ramai tengok dekat Drama Cool. Mana-mana yang sanggup keluarkan kos, Netflik adalah yang terbaiklah. Aku bayar RM17 sebulan untuk dapatkan akses tengok dekat phone sahaja. Nk link dekat laptop atau tv kene bayar lebih sikitlah. Besnya netflik ni, kalau cerita kat Korea priview pukul 10 malam, dalam pukul 11.00 malam waktu Malaysia dah boleh tengok. Yang baru ni siap ada subtitle Malay!

Selamat menonton!





18 April 2020

Tahun 2020 dan Covid 19



Salam semua. Ada lagi yang gigih baca blog? Kekalkanlah minat membaca tu. Buat julung kalinya untuk tahun 2020. Aku nak bagi entry baru. Rugi tak post kenangan waktu seluruh dunia tengah berperang dengan VIRUS Novel Corona atau Covid19.

Virus ini dikenalpasti pada akhir DIsember 2019 di Wuhan, China. Masa ni dunia lain masih tak terasa dengan virus ni. Sampailah masuk tahun 2020. Dunia terkejut dengan jumlah kematian di China agak mendadak selain penularan virus ini keseluruh dunia dengan pantasnya.

Malaysia terkesan bermula bulan Mac 2020. Dan pada 18 Mac 2020 Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara. Semua sekolah dan IPTA termasuk semua organisasi awam dan swasta perlu menutup urusniaga. Kecuali yang berkaitan dengan urusan penting negara.

Wah..demi Allah semua agak terkesan dengan Covid 19 ni. Sampailah saat aku tulis ni, PKP masuk fasa ke3. Bermakna dah 3 kali perlanjutan masa PKP. Kerja dari rumah dan tiada sesi persekolahan untuk Izz.

Data terbaru statistik Virus ni di Malaysia
Sepanjang tempoh PKP ni aku bekerja dari rumah (WFH) termasuk semua staff di tempat kerja. Macam seronok tu mula-mula lah. Lepas 2 minggu dah rasa lain sikit. Rindu nak pergi ofis, rindu kawan ofis. Tapi semua masih terkawal lah. Bila dengar kes kematian meningkat dalam tempoh PKP fasa 2. Rasa risau pulak datang. Nak keluar beli barang dapur pun seram. 

Untuk rekod hari-hari kitaorang dengar PC dari Kementerian Kesihatan. Sampailah ketua pengarahnya jadi viral. Haha. Termasuk PC dari Kementerian dari Kluster Keselamtan. Gitulah. Malaysia kan berubah senario politiknya. Sebelum viral Covid19 ni Malaysia buat viral bertukar politik iaitu bertukar Perdana Menteri. So, kerjalah menteri-menteri baharu dengan sesugguhnya masa Covid19 ni.

Sebenarnya banyaklah perkara yang jadi dekat Malaysia masa fasa PKP ni. Tengok macam mana kerajaan berusaha untuk bantu rakyat dan macam mana yang berniaga sendiri sebelum ni berusaha untuk mencari pendapatan. Covid19 sangat-sangat memberi kesan pada ekonomi dunia bukan je Malaysia.

So, doalah semua untuk pastikan Covid19 ni lupus virusnya. Sangat mudah merebak antara manusia. Semoga Ramadan yang akan datang, semua kita berdoa untuk dipulihkan Malaysia untuk semua jalankan rutin harian macam biasa.




05 July 2017

Resepi Congo Bars



Salam,

Ok, sempena Syawal dan disebabkan lama benar tak update apa-apa jenis makanan, meh ku kasi dengan hati yang gumbira. Congo Bars.

Sangat mudah dan sangat fleksibel. Sebabnya korang boleh decide nak jadikan dia mahal atau biasa je. Boleh mulakan bisnes dengan resepi ni. Banyak sangat resepi if korang google kan. Pilih mana yang berkenan dekat hati. 

Gambar ni gambar biasa, So semoga hasil korang nanti jugak macam ni. Dan boleh mulakan bisnes kecil-kecilan.

So, semak resepi. Sebelum tu, please make sure ok hasil yang korang akan dapat juga berdasarkan jenis bahan korang pilih. Kiranya korang beli coklat chip yang 250gm dalam RM 3 tu, hasilnya adalah biasa. JIka pula pilihnanya macm aku guna ni Hersyes maka hasilnya gigitan korang adalah lebih bermakna. 


Bahan:

125 gm butter - so please make sure dgn pemilihan jenis butter. Nak lebih rasa boleh try Anchor or SCS or more premium butter 
100 gm brown sugar
2 biji telur- Gred A , kalau telur kecik bagilah jd 3 biji
Essen Vanila - bagi bau sedap kan
135 gm self rising flour - boleh guna MFM brand
Coklat Chip - Boleh ikut suka berapa banyak

Simple kan!!!

Buatnya lagilah senang. Tak payah mixer pun.

Guna senduk satukan butter dengan gula- Then masukkan telur satu-persatu dan vanilla 
Gaul lagi masukkan tepung pulak. Kacau2 masukkan coklat chip. Siap!!

Untuk adunan ni guna pan 7x7
Bakar api atas bawah dalam 35-40 min. Ikut oven korang ok.

Siap!.




Wassalam.

Salam Syawal 2017



Salam Syawal 1438 H/ 2017

Ok, 2017.

Hahaha. Serius rindu nak menulis. Yelah dunia sekarang update sangat. Nak harap update dekat blog memang berzaman lah tak update. Macam biasa aku update banyak dekat IG. Boleh cari Nani Badai.

Raya kali ni masih sama. Sambut dekat Banting. Ada yang kata Banting bukan Kampung dah. Yelah, dah membangun deras sangat Banting sekarang. Mana-mana jalan ko redah mesti tension sebab banyak kenderaan. Lampu isyarat pun banyak dah. Sebab tu bertambah jammed dekat Banting tu.

Tahun ni tema hitam. Masa buat pemilihan banyak warna dalam wish list. Akhirnya En Suami kata baju melayu hitam Izz lagi menawan. Sebab baju izz je kitaorang amik tema Hitam. Oklah, boleh cover besarnya badan sekarang. Kah..kah.

Tapi, tapi dan tapinya..

Pagi raya budak bertuah ni boleh tolak dengan dasyatnya baju melayu dia. Suruh buka buka buka. Tapi hati kene keras sikit. Sebab perangai izz adalah yang terindah bagi kitaorang. Menolak sesuatu yang baru lagi wangi. hahaha

Lama-lama dan lama jugaklah dia bermuram durja pagi raya tu. En Suami ambil hati dia dan lama-lama ok. Bila g berjalan tu dah ok. Tahniah izz menahan hati. Semoga perangai ni tak dibuat tahun depan Insya Allah ye.



Airmata Syawal
Raya kedua baru dapat kumpul adik beradik lain. 2 orang balik rumah mertua. So, tahun depan Insya Allah raya pertama semua dekat rumah abah lah. 


Kurang sorang cucu Badai - Irfan
So, semoga ada lagi posting selepas ni. Seronok sebenarnya berblog ni. Selagi blog tak digodam. Haha. Resepi pun lama tak masuk kan. 

Selamat Hari Raya buat pembaca setia ( ada kan..haha).

Wassalam.

06 May 2016

Tempahan Brownies & Congo Bars Raya 2016!!!



Salam,

Lamanya aku diam tak tulis blog. Hahaha. Tak pe. Insyaallah lepas ni akan diusahakan lebih kerap lagi. Untuk kali ni aku terus ke promosi untuk hari raya nanti. 

Untuk korang yang dah baisa sangat kalau raya makan kuih/biskut kan. Mari sini kita tukar sikit elemen raya kita. 

Dengan Brownies atau Congo Bars atau Dua- Dua sekali!!!

Macam yang pernah aku inform sebelum ni. Aku aktif lebih banyak dekat Instagram. Jadi boleh terus follow aku di Ig @nanibadai

Untuk promosi hari raya, mohon untuk segala pertanyaan terus sms/whatapps 013 336 0568

Atau boleh terus ke ig aku @nanibadai untuk lebih info promosi raya ni.

Akan datang aku akan terus promote beberapa jenis kuih raya yang havoc!


Brownies saiz 8 '


Congo Bars saiz 8'
So, aku tak boleh harga buat masa ni. Sebab harga aku sentiasa berubah sebab nak bagi banyak promosi. Paling penting terus sms/whatspps untuk maklumat harga dan segala bagai. Nak pos atau nk COD.

Kelebihan bagi yang tinggal area BANTING,, Kuala Langat,  area NILAI, N9, SEPANG, SALAK TINGGI dan kawasan sekitarnya. Aku boleh delivery kawasan sekitar area ni.

Untuk yang agak jauh, boleh je aku POS untuk 2 produk ni. Kelebihannya caj lebih sikit dari biasa ye!

Ok, jangan lupa. Tempahan aku tutup bermulanya Ramadan.

18 August 2015

Kadang-kadang 1st class tu tak membahagiakan

Salam,

Mood tulis. Sukanya aku bila menulis ni. Rasa freedom sangat. Idea sendiri. Penuh perasaan masa menulis tu. Syoookkkknya.

Ok, back to topic. Tiba-tiba saja aku ingat 1 cerita yang aku tak nak lupa. Sepatutnya banyak yang aku kene belajar dari pengalaman lepas. Ni pengalaman masa darjah 5-6. Sebelum UPSR 1996.

Peristiwa ni bila aku kenang balik sangat menyentuh perasaan kecik aku. Aku petik 1 ayat. Diskriminasi. Bagi aku lah. Bagi yang buat tu rasanya terbaik untuk pelajarnya. Maybe.

Jom. Tak sure lagi kisah ni pendek atau panjang. Kah3.

For sure cerita ni dalam tahun 1995-1996. Masa darjah 5 atau 6. Dari darjah 1 sampai kes ni berlaku aku duduk kat kelas A. Anggerik katanya. 1 lagi M. Mawar katanya. Aku kenal kawan-kawan pun masa dalam kelas ni. Aku berak dalam seluar pun dalam kelas A ni. Ha3.

Nak dijadikan cerita, UPSR dah dekat sangat. Tiba-tiba pihak sekolah buat perubahan drastik. Dibahagikan kelas kepada kelas A budak cemerlang (pandai) dan kelas M budak kurang cemerlang (kurang pandai).

Sebelum pembahagian ni aku sangat sibuk dengan bola jaring. Sampai ke peringkat daerah. Kenapa aku suka sangat bola jaring aku pun tak tau. Sebab aku pandai mainlah kan. Ha3. Masa main tu aku tak pikir langsung pelajaran aku. Dan tak pikir langsung yang aku ni lemah sikit dalam pelajaran. Ha3. Aku sederhana je dalam pelajaran. Nak kata pandai tak, nak kata stupid pun tak. Pertengahan je level aku. Ikut penilaian cikgu bila habis belajar, aku dalam kelas III. 

Sampailah 1 masa diumumkan pembahagian kelas tu. Alangkah terkejutnya hati dan jiwa aku bila aku kene kelas M tu. Huwaaaa...masa tu baru sedar kenapa aku. Kenapa aku???

Ha3, sebab kurang belajar lah.

Aku reda dan pasrah. Kene pisah dengan geng-geng aku. MALU tak? Aku pun lupa. Tapi tak malu sangat cuma segan. Kelas M penuh dengan pelajar lelaki. Yang perempuan tak sampai 10 orang pun. Aku pun pasrah dan terima. Tapi...aku belajar dengan tekun sebab cikgu kata kalau aku dapat capai kedudukan baik dapat pindah semula kelas A tu. Aku pun apa lagi, belajar sesungguh mungkin. 

Allah tu baik perancangannya. Dalam kelas M tu lah aku yang lebih menonjol keputusannya. Yelah, nama pun kelas ke 2. Aku level sederhana. Memang nampaklah aku lebih sikit dari yang lain. Cuba compare dengan budak kelas A. Nombor paling corot lah.

Macam biasa, aku tak bagi tau sapa-sapa dalam family. Takut mak marah.

Aku enjoy dalam kelas tu. Buat macam biasa je. Ada jugak kene ejek-ejek. Biasalah budak zaman dulu seronok. Ejek-ejek nama bapak. Nama atok. Yelah, tak der pun phone macam sekarang.

Ok, pendekkan sikit. Lepas seronok belajar dalam kelas M tu, sampailah exam pertengahan tahun. Nak dijadikan cerita. Aku tak ingat sgt dapat no 1 atau 2. Tapi kedudukan tertinggilah dalam kelas M tu. 

Macam cikgu kata, boleh pindah kelas A. Aku pun berjaya pindah. See, aku kalau dah usaha, insyaallah sungguh2 aku buat.

Bila dah pindah tu, mula2 seronok dapat jumpa balik geng lama. Happy lah kan. Terjamin maruah aku dah. Berjaya tebus balik. 

Sampailah hujung tahun.

Aku baru sedar betapa ruginya aku pindah kelas A yang high class tu. Memang aku berjaya naik kelas, tapi bukan dapat lawan budak pertengahan no dalam kelas A pun. Geng kelas ke 3 gak aku dapat lawan. Korang imagine dalam kelas tu group tu disusun ikut no kedudukan tau. Jadi aku tak dapat pun duduk depan. Macam dalam kelas M.

Masih duduk belah belakang. Group paling last dalam kelas A.

Hah, dapat imagine topik aku kali ni.

Hari penyampaian hadiah, aku tak dapat apa-apa pun. Sebab aku tak dapat no 1 sampai 3 pun. Aku pun bayangkan sekiranya aku tak pindah kelas A, dah for sure aku dapat hadiah kan. Tak kisahlah dalam kelas mana, Tapi balik rumah boleh bgtau mak, nani dapat hadiah mak. Dapat no 1 dalam kelas.

Huwaaa...bukan kehendak aku pun. Cikgu-cikgu sekolah punya konsep. Sedih betul bila yang dapat hadiah tu budak lain. Terkilan sangat,

Lagi tak syok dalam kelas A tu, ketibaan aku tak dialukan pun. Tak de pun tepuk tangan tanda aku berjaya baikkan prestasi aku. Ni yang aku cakap diskriminasi. Kalau ada lagi dibuat sekarang tak tau lah. Sekarang aku pahamlah, bukan nak salahkan cikgu-cikgu tu. Mereka ada sebab kot buat macam tu. 

Walaupun mereka tak tau hati dan perasaan mereka yang ada dalam kelas budak tak pandai. Sampailah ke hari exam UPSR. Result aku tak de pun A. Memang tak syok langsung. Kesannya melarat bila aku ke sekolah menengah pulak. Sama jugak, aku duduk kelas hujung-hujung. 2 hujung. Kelas sampai I. Aku kelas H. Parah kan.

Tapi dalam kelas tu aku masih jugak yang agak kedepan nombornya. Ha3. Entahlah, apa yang aku nampak, banyak manisnya jugak. Aku dapat rasakan kawan-kawan kelas hujung2 ni lagi seronok. Jujur.

Tapi aku berjaya baikkan kelas aku. Form 2 dapat kumpul balik dengan geng aku. Form 4 pisah balik sebab aku pilih kelas akaun. Kelas akaun tu kelas D. kelas no 4. Oklah kan. 

Manis dan masam masa harung semua dugaan ni memang best. Memang aku budak kelas pertengahan. Sampai belajar dekat poli. Baru aku sedar diri sikit. Aku lambat tangkap sikit ilmu. Bila belajar sendiri baru paham. Bila dah paham macam mana aku terima pembelajaran lebih mudah aku nk handle. Aku lambat terima ilmu. Tapi bila dah paham, aku ingat sampai boleh jawab semua soalan.

Harapanya, Izz tak follow step aku ni. He3.

Sekian, cerita tentang 1st class.

Enjoy gambar Izz yang terbaru.

Wassalam.


07 August 2015

Izz & Hospital

Salam,

Ok, kali ni entry agak sedih. Walaupun dah lepas tapi aku tak mungkin lupa. Buat pertama kalinya aku berkampung dekat Hospital Banting lebih dari sehari. Total hari dalam wad adalah 6!

Alkisahnya. Izz sihat. Satu malam aku dengar dia batuk. Dalam hati pikir, kenapa Izz tiba2 batuk?

Bersambung malam esoknya. Batuk Izz bertambah garang. Yelah semalam batuk biasa. Tapi bukan dibuat-buat. Sampailah Izz dapat selsema. Demam tak ada. Tapi boleh rasa dia kurang sihat. Walau masih lincah main segala bagai. Izz tak berapa sihat sebenarnya. 

Balik rumah sendiri, aku rasa perlu bawak Izz ke Klinik. Sebab batuknya bertambah garang. Dan.aku mula rasa ada kahak dalam badanya Izz. Dalam badan pulak. Izz batuk ada kahaklah. Klinik panel aku dah tamat dekat area Sungai Pelek tu. So, pergi je Klinik bukan panel. 

Doktor cakap ada kahak. Then kata kene terus ambil Nab. Aku adalah ibu yang pertama kali nak guna benda alah tu dekat anak aku. Izz sebelum tu senyum simpul macam biasa. Sampailah masa dia kene Nab. Nab tu sangat menyeramkan dia. Yelah, letak kat muka dia. Tiba2 ada gas. Hah..memang sepanjang masa bergenang air mata.

Berlanjutan ke 3 hari. Total Nab kat Klinik 4 kali. Last Nab tu doktor minta ke Hospital. Sebab, bunyi kahak sangat menyeramkan. Nafas Izz pun agak laju. Hati aku dah terdetik. Ada something ni. Doktor buat surat refer hospital.

Malam tu, tengah malam. Packing barang terus balik banting. Smpai rumah, Izz tido dengan jayanya. Tak de plan nk terus bawak hospital. Sampailah belah pagi. Izz nafas lebih laju. Nampak muka dia sayu je. yang paling dasyat. Bunyi kroookkk...krroookkk... dari paru-parunya.

Terus decide pergi Hospital.

Pukul 7 pagi. Raya ke 6 hari Rabu.

Syukur sangat dipermudahkan. Orang tak ramai dekat emergency tu. Bagi surat doktor klinik tu. Terus Izz diperiksa. Then dari situ terus masuk dalam. Doktor cek semua. Terus Izz kene buat Nab lagi. Menangis lagilah. Sampai Izz tertido. Mudah sikit buat Nab.

Darah Izz kena ambil. Then bila siap report ada kuman dalam paru-paru. 

Sila tinggal di wad ye Puan.

Selesai sesi kene nasihat dari doktor, dan settle urusan masuk wad. Izz terus dapat tempat istimewa. Sampai aku tak mampu nak tengok. Tapi kene hadap jugak.


Sampai sekarang kalau aku tenung gambar ni. Aku nangis. Tak sampai hati langsung. Macam mana anak aku sampai kene macam ni. Serius ye mak-mak. Nak hadap masa ni sangat susah. Doktor bajet dalam 2 hari kene pakai benda alah ni. Secara amnya mesin ni sangat membantu Izz. Nafas Izz laju dan Izz kurang oksigen dalam badan. Jadi mesin ni membantu Izz nafas dan menstabilkan pernafasanya. Nampak macam tragis sangat kan. Sebab budak kecik macam Izz yang guna.

Alhamdulillah. 1 hari 1 malam. Izz setia guna mesin ni. Pagi esoknya, doktor lepaskan Izz dengan mesin yang buat Izz sangat sedih. Lebih nangis. Sebab tak selesa. Di pagi yang indah. Nurse datang bagtau Izz dah boleh lepaskan mesin trojan ni.

Hah, mak sangat gembira ye puan-puan. Lepas bukak mesin ni baru aku rasa laparrrrrrrrrrr yang gila. Izz pun happy sangat. 

Ini lepas dia happy dan pindah wad biasa. Izz masih guna oksigen tapi hose yang kecik tu. Itupun sebenarnya bagi insan kecik macam Izz sangat tak selesa. Dia tetap nak tarik benda alah tu. Tapi kene sabar lah. Budak kecik apa tau. Izz berjaya jugak harung benda alah ni. Sampai esok pagi doktor cakap try bukak oksigen ni. 

Dan Izz berjaya. Nafasnya stabil walau tak guna. Tapi Nab tu masih teruskan jugak. Cerita Izz ambil Nab sangat panjang. Izz duduk lama dekat wad sebab kene habiskan antibiotik selama 5 hari. Sepanjang dekat wad ni, aku banyak belajar lah. Belajar tido macam udang. Kah..kah..Tido dalam katil budak yang kecik tu.



Nikmat tido Izz lepas selesai mesin trojan.


Bila tengok mata Izz dalam gambar ni, aku rasa sangat sayu. Mata nya mata orang sakit. Biru-biru gitu. Kalau Izz sihat, mata dia segar.Kikiki


Atok datang Izz happy lah.Semangat atok sebab tu Izz cepat sihat! Kes jarum dekat tangan Izz tu. Itu yang kali ke 4. Yang sebelum ni habis tercabut. Ada yang tangannya bengkak lah. Ganas sungguh Izz ye.


Dah sihat. Balik dari PD. 2 orang hero atok lepak mamak. Izz dan Irfan. Irfan lebih terror. Boleh panjat kerusi tu.Izz tak pandai lagi.

Apapun, ujian Allah ni aku berjaya harung. Walau tak detail mana aku cerita, tapi moment tu aku akan ingat. Lepas ni insyaallah aku kene lebih waspada keadaan Izz. Jangan pending hantar ke hospital bila melibatkan anak. Heheh.

Terima kasih yang mendoakan Izz. Doa2 itu sangat membantu penyembuhan Izz. Izz dah buat follow up dengan doktor, semua baik.. Paru-paru Izz sangat baik. 

Istimewa terima kasih untuk family. Sangat membantu dalam keadaan sebelum ni. Terima kasih Kak Yantie, Wawa, Abah, Adik.

Wassalam.

05 August 2015

Sandwich Sardin dan Telur

Salam,

Haha...jangan terkejut kali ni aku post entry makanan. Rindu pulak nak post gambar makanan. Kali ni tak perlu nk heavy cooking. Simple but nice and sedap!

Kisahnya aku teringin kot makan sandwich. Dan cita-citanya nak buat bisnes delivery sandwich. Tapi punah sebab aku kerja office hour. Mana sempat nak buat delivery. Tak per, aku kemaskan proposal ni masuk dalam planning marketing aku. Banyak idea. Ruang market tu ada. Cuma pelaksanaan nya bukan mudah. Komitmen lebih 100%.

Macam biasa. Lepas ada planning aku mulakan projek R&D aku. Tak guna kos mahal. Tapi perlukan masa. Aku google sebanyak yang boleh pasal sandwich ni. Termasuk dalam IG. Follow mana yang ada kaitan dengan bisnes macam ni. Baca sejarah syarikat yang dah gah dalam bisness ni. 

Macam tu lah sedikit sebanyak aku kaji. Aku kaji jugak resepinya pulak. Aku google jugak yang luar negera. Semua aku gabung maklumat tu. Dan hasilnya.

Hahaha.

Sandwich sardin pedas ni lah yang jadi dalam tekak jawa aku.


Bila dah buat, aku kaji balik kecantikannya pulak. Macam mana yang orang lain buat nampak jelita. Tapi sandwich aku sebijik sandwich jawa. Hah.Gitulah rutin aku sampai aku puas hati. Tapi palnning ni aku hold dulu. Suatu masa mungkin aku akan jadikan kenyataan.


Ini pulak versi telur. Dulu-dulu aku pikir macam mana nk buat sandwich telur. Rupanya guna telur rebus je pun. Simple dan bagus kot untuk diet. Sebab tak guna minyak. Semua guna yang segar-segar. Untuk sandwich telur ni aku guna roti mahal. Sebab tu nampak sedikit jelita. Berbanding dengan sardin yang atas tu.

Oklah...mari aku kongsikan resepi hentam tapi sedap aku untuk dua sandwich ni.

Resepi Sandwich sardin pedas.

Roti potong2. Banyak jenis boleh guna. Terpulang pada korang.
Sardin. Siap2 tumis macam nak dimakn tu. Tapi yang pekat!
Salad
Totato
Mayonis
Planta
Timun optional.

Lepas tu, himpun jadi 1. Roti tu calit dengan planta. Mayo tu tambah dalam sardin yang kita hancur2 kan.
Siap. 

Untuk Sandwich telur.

Telur rebus
Black paper
Garam
Mayonis
Planta
Salad
Tomato
Timun-optional

Telur tu hancurkan guna garfu. Tambah mayo, garam, black paper. Dan susun salad dan tomato. Siap.

Wassalam.


08 July 2015

2015 BITK Examination

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah. Dapat lagi kekuatan dan mood yang happy untuk menulis. Entry blog aku dah macam tak ada gambar kan. Haha. Aku pun tak tau. Bila jari jemari aku dah menaip. Payah betul nak berenti. Idea mencurah macam air tebu masa dimesin. Tak pe, untuk gambar lebih terjah je Instagram aku.

Dalam sebulan adalah 4 kali atau dalam seminggu,sekali aku akan cek blog ni. Nak tengok ada komen-komen yang masuk atau tak. Apa cerita aku yang orang baca. Dalam banyak penilaian tu, aku perasan yang cerita pasal exam BITK ni sangat tinggi sambutannya. Aku pernah jugak google pasal exam BITK. Sebelum aku ambil sebelum ni. Tak banyak sangat ceritanya.

Mari sini aku cerita pengalaman kedua aku dan geng W17 ambil exam ni. Lagi kujelaskan yang exam ni tak wajib pun diambil tetapi siapa-siapa yang kerja kerajaan dan kerjanya ada kaitan dengan kewangan, boleh ambil untuk dapt insentif tambahan sebanyak RM 40.00 Total keseluruhan nya kalau lulus RM 80.00. Terasa jugak RM80.00 tu. Dengan kos sara hidup yang tingggggggggggggggi tak turun-turun ni. Haha.

Ok, tarikh exam BITK 2015 bagi staff IPTA masa bulan June lepas. Aku tak ingat tarikhnya. Tapi awal bulan June. Sebelum puasa. Dapat tau untuk exam ni lagi awal. Lagi kujelaskan, macam aku yang kerja dibawah skop badan berkanun, ada 1 universiti yang dilantik sebagai penyelaras untuk exam ni. IPTA tu yang keluarkan soalan. Jadi, aku dan yang lain kene ambil exam ni yang hanya dikelolakan oleh IPTA tempatan ni. 

Sebelum ni, ni macam rahsialah sebenarnya, untuk exam yang 2013 tu, aku memang gagal. 2014 aku tak dapat ambil sebab cuti bersalin. IPTA aku memang tak ada yang lulus jugak. Dan kesannya, kami-kami yang ambil exam 2014 tu, kene panggil oleh Pendaftar? Mereka nak selamai masalah kami yang tak pernah lulus. Hahaha. Boleh je gelak.

Dan, masa perjumpaan tu, tepatlah apa yang kitaorang pikir. Nak tanya kenapa kami semua tak lulus. Susah ke soalannya. So, selepas diselami dan diberi makan mee goreng sambal tak berapa hebat, kami nyatakan yang kami tak pernah diberi penerangan mengenai perkara ini. Berapa soalan yang perlu lulus, skop soalan yang akan keluar dan sebagainya. Kerana Kak Ayu cuti hari tu, kamilah yang perlu nyatakan kenapa kegagalan sahaja yang kami bawa pulang. Haha

Then, penyelesaiannya. Kami informlah yang UiTM ada buat bengkel untuk staffnya yang nak ambil exam ni. Ok. UiTM Shah Alam. Aku tak tau U mana lagi buat. Dan, dalam beberapa hari sebelum nak exam tu, dapat emel yang bgtau UiTM ada buat bengkel BITK ni. Siapa nak boleh pergi ke Shah Alam dan tiada kenderaan disediakan.

Emel tu dapat sebelum kitaorang nak balik rumah. Haha. Dapatlah decide gak. Pergi. Naik keta Kak Ayu. Selesa Kak Ayu bawak. Guna waze. Memang banyaklah cerita dalam kereta tu.

Kupendekkan cerita.

Sampai UiTM, kiataorang lalu pintu yang depannya Jakel Shah Alam tu. Konon 1 hal lah nak cari mana bilik latihan tu. Allah permudahkan orang nak cari ilmu tau. Tup2 nampak lah. Tahniah Nard. Sebab dia duduk tepi tingkap. Memang nampak jelas bilik latihan tu. Tak payah call person incharge lah. Hahah..

Diberi sarapan. Aku makan dengan banyak, sebab lapar. Aku hampir tertinggal. Sebab hari tu jugak hegeh-hegeh nak bangun lambat. Nasib En Suami bawak kereta macam haram. Hahaha. Sempat jumpakan aku dengan kereta Kak Ayu.

Bengkel bermula. Yang bagi talk tu. Timbalan Bendahari UiTM. Merangkap orang yang AJAR pegawai yang buat soalan exam BITK. Paham tak. Sila baca semula. Tak paham mari aku ringkaskan. Aku tanya en tu. En salah seorang yang gubal soalan ke?. Then dia jawab. Saya yang ajar orang buat soalan tu. Ok, boleh paham.

Hah, dasyat tak. Baik korang mohon under IPTA korang, untuk mohon join UiTM BITK bengkel tu. Boleh tanya macam-macam. Dan mari aku cerita pasal BITK lebih lanjut.

Baru aku tau lepas pergi bengkel tu.

Untuk LULUS exam BITK.- Soalan 40 kan. Kene jawab betul 28 soalan!!! Aku baru tau.
Boleh SALAH cuma 12 soalan. Hah, pastikan ye lepas ni. Jangan salah lebih 12.!!

Ok, itulah point yang aku cari selama ni. So, sebenarnya soalan BITK ni sama je tiap tahun. Cuma dia ubah ayat je. Macam soalan SPM tu lah. Lebih kurang. Tapi skop BITK lagi kecik. Ubahnya dekat total, nama orang camtu lah. 

Dia ada jugak bagitau skop soalan. Aku lupa letak mana nota tu. Kalau korang nk, inform aku ye. Dah panjang lebar aku tulis ni. PM aku kalau nk nota lebih.

Ok, jadinya, hari Jumaat. Aku ingat hari je. Hari Jumaat tu kan rehat lama. Kitaorang seramai 7 orang ni, buat study group tau. Hah, hebat tak kitaorang. Sungguh2 tau kitaorang belajar. Kak Ayu pulak ada print soalan BITK tu dari Google. Jadi dah adalah contoh soalan kat Google. Sila google ye. Kalau tak jumpa sila PM saya.

Dan, akhirnya hari exam. Actually, we are over expect than other time. Soalan kali ni, tak banyak langsung kira-kira. Banyak yang kefahaman. Ceh. Penat dok hafal banyak. Tapi apapun, result tak keluar lagi. Tunggu lah entry keputusan tu nanti ya.

Apapun tuk korang, aku inform ni, kepala kitaorang yang tepu sebelum ni dah pecah. Nampak jelas lah dimasa depan yang BITK ni agak mudah. Mudah maksud aku, kalau kita handle semua kerja dalam jabatan. Hahahahahhaa.

Sekian, Wassalam.


14 May 2015

Izz Zuhair Zuhairi - Cerita Kelahiran


Salam,

*Entry kali ni panjang dan ada typing error, harap dimaafkan. :)

Rasanya rindu nak menulis dah memuncak. Baik kiranya aku teruskan niat murni tu. Topik paling best yang aku nak mulakan balik adalah topik terbaik pernah jadi dekat hidup aku. Perkara terindah dan terhebat Allah beri untuk insan macam aku.

Izz Zuhair Bin Zuhairi.
Lahir 14/12/2014

Izz lahir seminggu awal dari tarikh jangkaan. Sangat segar lagi saat-saat nak melahirkan khalifah kecik aku ni. Sangat menduka iman dan kesabaran. Rasa terkilan pun ada. Rasa sakit yang tak dapat dibayangkan. Sakit penghapus dosa. Sungguh banyak dosa aku. Alhamdulillah.

Perjalanan kelahiran Izz sangat indah kesimpulannya. Sakit selama 16 jam tu hilang bila saat dengar Izz nangis dalam bilik bedah.

Mari aku ceritakan. Biar 1 masa Izz baca. Biar Izz tahu sakitnya Ibu nak lahirkan Izz dengan penuh kasih sayang. Bila 1 masa Izz marah dengan Ibu, Izz baca cerita ni. Izz terus tak marah Ibu. Sebab nak besarkan Khalifah macam Izz pasti besar cabarannya. Semoga Allah permudahkan tugas Ibu dan Ayah untuk besarkan Izz.

Perancangannya, aku nak lahirkan Izz dekat Hospital Banting. Banyak sangat sebablah kenapa aku pilih Hospital Banting. Tak sampai 5 minit dari rumah abah aku. Aruah mak lahirkan aku pun dekat Hospital Banting. Konon-konon nak meneruskan legasi lah. Lagi nak anak aku pun lahir dekat hospital yang sama aku lahir. Bagus tak plan aku. Sebab akhir nak pastikan anak aku lahir dekat negeri Selangor!

Tapi perancangan Allah yang lebih baik. 

9/12/2014 - Hari akhir aku kerja. Sebab aku mohon untuk cuti awal 2 minggu. Keadaan aku yang dah sarat buat aku tak larat nak handle kerja. Almaklum anak sulung dan tunggu dah 2 tahun kan. Nak pastikan yang terbaik lah.

9/12/2014 malam - Sakit perut. Aku sangat pasti ianya Gastrik. Minta En.Suami pergi Klinik terdekat dekat Sungai Pelek. Doktor pulak kata tak nak terima aku. Sebab masa tu dah 38minggu. Katanya kemungkinan aku sakit nak bersalin. Walau hakikatnya aku memang yakin ianya gastrik.

Terus ke Hospital Banting. En Suami sangat susah hati masa ni sebab anak sulung kan. Tak de pengalaman yang nk dikutip. Jadi terus ke Banting. Sampai je terus ke Labour Room! Dasyat kan.

Bila cek tak de bukaan. Aku cakaplah sebab aku gastrik. Nurse kata tunggu Doktor. Tak lama tunggu datanglah doktor perempuan. Cek lagi bukaan. Memang tak de bukaan lah sebab bukan sakit nak bersalin kan.

Doktor buat scan pulak. Keputusannya baby aku besar katanya. Siap marah aku sebab tak tahu ke baby awak besar?

Aku diam sebab masih blurrr dengan soalan yang aku tak pasti. Dia kata baby aku membesar sangat cepat dari last scan (25minggu). Dia kata aku kene terus di hantar ke Klang! Kalau tak malam ni esok pagi aku akan dioperasi!!

Hah, tu je keputusan Doktor perempuan. Tak refer pun doktor lain. Terus nak hantar aku. Sebab ni anak sulung aku tak argue apa-apa. Lagipun aku cuma pikirkan keselamatan anak aku je masa ni. Ikut jelah.  Tunggu prosedur untuk hantar ke Klang makan masa hampir 1 jam! 

Bila cerita bab kat Hospital Banting ni aku sedih. Rasa terkilan dengan doktor tu. Allah je tau rasa terkilan aku tu.

So, kali pertama naik Ambulance. Memang tak payah cita-cita nak naik Ambulance lah. Baik naik basikal lagi tenang. Sampai Klang, terus masuk wad untuk wanita nak bersalin. Hahaha. Doktor pakar kata tak besar pun baby aku. Nah...tengoklah pendapat doktor!! |Aku dah agak memang berbeza pendapat setiap doktor. So, di cek lagi bukaan. Penat woooo. Masih tak de bukaan. So, tunggu doktor pakar cek. Tunggu lagi. Siap doktor pakar cek kata baby ok je. tak besar macam doktor Banting tu cakap. 

Tapi still kene masuk ward. Masa ni sedih sebab rindu En Suami. Kikikiki. Lagi nak kene masuk wad. Sebab dok selama ni dia je yang layan kerenah aku.Hahaha.

9/12/2014-14/12/2014 aku tinggal dekat ward. Macam-macam kene.

Memanglah benar sungguh syurga anak bawah tapak kaki Ibu. Bayangkan 1 hari berapa kali aku kene cucuk untuk cek darah sebab ada kencing manis masa mengandung. entry full pasal ni aku dah ulas. Dekat Klang bukan sehari 4 kali, tapi 7 kali! Setiap hari!!

Sampailah aku bersalin. Tak kene cucuk. 

Ok, aku akhirnya perlu induce (paksa bersalin) atas sebab kandungan gula tak berapa stabil. Bukan sebab baby besar. So, 1 dan 2nd ubat dimasukkan result bukaan aku antara 1-2 cm sahaja. 2nd ubat induce buat aku tertekan sekejap. Sakit hoh. Sampai minta ubat tahan sakit. Lagi teruk dapat ubat tahan sakit tu. Rasa mual. Huh...tapi tak jugak bukaan tu meningkat. Doktor cek bukaan tapi dengan cara nk bantu bukaan tu terbuka. Sakiiiittttttttttttttttttttttttttttttt sangat. Rasa nak menangis. Lemah 1 badan lepas tu. Allah jugak yang lebih tau sakitnya.

Habis proses tu, ada dengar-dengar katanya dah tempah labour room untuk aku. Aku sendiri pun tak tau apa yang aku akan hadapi. tak ada seorang doktor mahupun nurse yang inform atau baut penerangan tentang prosedur yang tak kan aku lupa sampai mati. Serius, aku rasa aku patut diberitahu tentang prosedur killer induce tu. Tapi tak.

Petang 13/12/2014 aku rest atas katil. Nak makan minuman petang tu langsung tak de selera. Sebab tak GDM kan. Sampailah datang nurse pakai baju biru. Katanya cepat makan, nak masuk labour room!

Hah, terkejut lah aku.

Minum je pastu call En.Suami. Laju je En Suami sampai. Aku cakaplah nak masuk labour room. Dia bajet aku nak bersalin lah. Aku tak der bajet apa-apa. Sebab tak tau kenapa kene masuk sana tanpa bukaan lebih 8 cm. Masa ni muka biasa tak rasa apa-apa.

Lepas doktor cek apa-apa dalam tu dalam pukul 5 petang nurse kat situ pasang drip air tu. Aku tak bajet air yang biasa aku dapat kalau kene gastrik. Aku tanye tu apa. Dia kata, inilah ubat. Killer induce. Hah...Killer!!!! Nurse kat wad tak inform apa-apa ke? Aku cakaplah tak. Dia kata ni last induce. Untuk bukakkan bukaan. Aku baru 2 cam, nak 8 cam lagi. 1cm adalah 1 jam. Aku ada 8-10 jam! Ingat tak sakit. Makkkkkk aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Mula pukul 6ptg. Pukul 9malam sakit tu sakit sangat... Demi Allah aku sakit sangat. En. Suami lagilah tak tau apa-apa. Berapa lama dia tunggu anak bini tak keluar-keluar. Mengamuk jugak dia dengan guard depan tu. Sebab pun guard tu kata aku dah bersalin. Tapi tak keluar-keluar. Hah..masaklah guard tu. Aku dengan kecoh-kecoh tu. Bila dia masuk tengok aku, aku rasa kuat sikit. Dia tak pandang aku. Aku ingat dia marah dekat guard tu. Rupanya tak sanggup tengok aku sakit!

Pukul 9ml tu gak air ketuban aku dipecahkan. Ngilu rasa. Tak de pilihan, aku kene sabar dan kuat. Bila sakit tu datang, aku meneran jugak. Nak tahan sakit tu tak tertahan. Nak kurangkan sakit, aku ikut neran masa sakit tu. Sampailah pukul 12.00tgh malam. Bukaan 3cm!! Nak Nangis lagi.

Masa tu minta nk operate. Tapi nurse kata, jangan cakap mcam tu. Tak baik. Doa zikir banyak-banyak. Ok sikit. aku pun diamlah menahan sakit. Tiba-tiba datang nurse tukar ubat drip tu. Kali ni kecik sikit. Aku tanya ni apa lagi. nurse tu macam tak nak cakap. Tapi dia kata ni ubat tuk bagi bantu regangan dan bukaan!! Again!!! Tahan sakit lagi. Demi Allah, hanya Allah je tahu sakitnya induce ni. 

Sampai pukul 6pagi. Bukaan still 3 cm! Wahh...Ya Allah, dugaan betul. Doktor kata, minta izin untuk buat operation. Sebab bukaan masih tak ada. Aku kata, dari pukul 12 tgh malam aku minta. dalam masa 5 minit tak pun tak sampai, aku dah disiapkan untuk dioperasi. Sungguh sangat aku tak sangka aku akan dioperate. Tak ada persediaan mental untuk ini. Tapi Allah juga terbaik rancangannya. 

6.00 apgi masuk bilik bedah. Sejuk. Menggigil masa proses tu. Sebelum tu cucuk ubat bius. Kene cucuk dekat tulang belakang. 2 kali kene. Then rasa kebas, dan tak rasa apa dah dekat kaki. Sampailah saat aku rasa perut aku bergoyang. Apa yang mereka-mereka itu buat dekat perut aku. 

Tba-tiba. 

Dengan izin Allah, anak aku menangis. Ya Allah indahnya. Doktor siap cakap, ala-ala...tembamnya. 

Ohhhh...best sangat perasaan tu. Baby ditunjuk dekat aku. Suruh cakap apa jantina. Aku tengok baby aku macam cina. Sepet! Wahh...anak aku tu. Izz dibawa ke tingkat 6 sebab nafansya yang laju. Aku reda sebab untuk kebaikkan dia. Aminn...Syukur ya Allah untuk rezeki anak lelaki ini.


Lepas siap, aku ditolak ke satu bilik. Sedap sikit rasa panas dalam bilik tu. Adalah macam-macam rasa lepas operate tu. Siapa yang rasa tahulah. Aku cuma rasa mengantuk. Sebab tak rasa apa-apa kat bahagian kaki tu. Jumpa En Suami masa ditolak atas katil sempat cakap, aku dah bersalin. Suruh dia tengok anak dekat tingkat 6.

Lepas beberapa masa yang aku tak ingat, ditolak masuk wad pulak. Disitulah aku kene tunggu 2 hari sebelum boleh balik. Petang lepas operate aku dah boleh minum air. Haus sangat dah. Lepas tu rasa sakit sebab ubat bius dah abis. Nurse bagi ubat suruh makan aku makan je. Nak hilangkan sakit. Patut nurse tu kata makan ubat ni cepat bila dia terlambat bagi. Haha.

Hari ke2 aku dah boleh ke tandas. Kencing. Nak kencing pertama kali lepas dibuka tiub ya Allah..sakit dan ngilu. NAk praktis kencing balik memang susah. Tapi alhamdulillah, Allah abgi kesenangan untuk semua tu. Tak de apa-apa alahan atau alergik. Semua baik. 

Setakat ni dulu. Aku sambung cerita pertama kali dengan Izz pulak.

Izz, sekiranya Izz baca cerita ni, kalau izz tak nangis tak apa, tapi ingatlah, Ibu sayang Izz sangat-sangat. Ibu dan Ayah tunggu Izz 2 tahun. Segala yang Ibu lalui ni untuk kelahiran Izz yang Ibu dan Ayah tunggu.

Semoga Izz membesar dengan sempurna sifat, akal fikiran. Dikurniakan kesihatan yang baik. Otak yang cerdas. Menjadi khalifah Allah yang berpegang teguh pada Agama Islam. Doa Ibu untuk Izz tak pernah putus sejak Izz lahir.

Wassalam.





24 March 2015

Akaun Instagram

Salam,

Salam penuh kemaafan. Sayang dengan blog ni. Masa itu akan datang juga. Cuma sekarang keperluan lain mendesak untuk tidak aktif sementara waktu. Sementara yang agak lama jugak sebenarnya.

Sayang gilalah dekat blog ni. 

Korang boleh follow aku dekat instagram sekarang. Cari Nanibadai. Cerita baru banyak dekat situ. Kekangan masa kerana kerja aku sekarang melibatkan kaunter hadapan jabatan. Tak mampu nak mencuri masa. Pelanggan lagi penting!

Jangan lupa.


Kalau nak tengok update Khalifah kecil aku boleh terus ke @nanibadai ok.

Wassalam.

04 November 2014

Khalifah Kecil: Cerita Kosong



Salam,

Serius, aku nak teruskan jer dengan cerita aku. 

Ok. Alhamdulillah, kandungan aku dah mencecah ke bulan yang ke 8. Minggu ni dah masuk 33 minggu. Baby pun membesar dengan baik dan bergerak dengan aktif. Masa menaip ni pun, banyak sangat pergerakan baby.

Terima kasih Ya Allah, Kau beri juga aku peluang untuk merasa tendangan kecil umat kecilmu. Dulu dengan cerita BFF pasal baby dia tendang-menendang. Aku dapat jugak merasa. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kondisi kandungan aku penuh warna warni. Buku merah aku dah koyak. Kulit buku tu pun dah terbelah dua. Hah...korang bayangkan lah macam mana. Aku tak dan nk snap gambar. Tapi memang sedihlah bila dah koyak. Aku rasa sebab banyak sangat maklumat dalam buku tu. Kikiki..

Mari aku cerita.

Awal kehamilan, kan kita kene buat ujian air gula (MGTT). Ujian ni perlukan ibu hamil minum air gula mengikut sukatan dan selepas 2 jam, ujian darah akan dibuat bagi mengira jumlah kandungan gula. Sebelum minum pun dah diambil sekali darah kita. Total, 2 kali darah diambil untuk ujian ni.

Result aku sebelum minum air gula sangatlah cantik. Bacaan Fasting Blood Sugar (1) adalah 4.4. Malam sebelum amik ujian ni pun kene puasa. Keputusan bagi 2H Postprandial aku pulak sangat hiba. Tinggi betul dia meningkat ke 9.1. Akhirnya aku disahkan penghidap GDM. Lebih kurang kencing manis semasa mengandung.

Rutin pemakanan kene berubah. Sedih gak masa tu. Sebab dah masuk bulan puasa. Nak makan apa semua tak boleh. Takut gula naik. Lepas jumpa Pakar Pemakanan lagilah, aku kene ikut diet yang dibagi. Tapi..................

Mula-mula jer. Hahahaha...

Lepas tu aku tak ikut sangat. Kesannya bila aku follow apa yang pakar tu suruh, HB darah aku pulak rendah. Halah...Satu hal pulak. Dah kene makan, makanan yang banyak zat besi. Tapi aku tau, aku tak banyak darah dalam badan.Sebab dulu2 aku nak derma darah tak lepas. Sebab darah aku tak cukup untuk didermakan. Kikiki

Jadi, korang tengoklah berapa banyak kes aku. Tapi Alhamdulillah, semua terkawal. Anemia aku pun dah terkawal sejak aku diperkenalkan dengan Iberet. Ubat paling sedap pernah aku makan selain Obimin. Kah..kah.. Sedap sampai aku kene makan dengan air suam yang tak suam sangat. Sebab tak nak bagi rasa piau ubat tu.

Dan, bila dah sampai minggu yang ke 33 ni, ujian BSP aku pulak terancam. Hah..terancam kerana pemakanan aku yang agak melampau kot. Serius, sebelum tu cantik jer bacaan. Tiba2 macam dilanggar todak. Ni dah 2 minggu berturut aku kene buat. 

So, aku terpaksa menjaga balik pemakanan aku. Supaya tidak diugut untuk dicucuk insulin. Wahhhh...tinggi tak mana pun bacaan gula tu. Tapi ugutan tu macam ugutan yang mengancam masa depan.Kikiki..

Ok, tu sebab kenapa buku merah aku sampai koyak. Banyak sangat ulasannya. Sampai tak tertampung. 

Persiapan untuk baby pulak, aku dah siapkan. Nak kata complete 100% aku tak sure, tapi apa yang penting aku dah siapkan. Memandangkan aku tak berjaya nk mengesan jantina baby aku ni hah, aku cuma dapat beli baju yang warna sangat biasa. Yang mana dua2 jantina boleh masuk. Yang tak sesuai pun aku beli gak sebab comel sangat. Hahaha...

Aku ada gak refer maklumat dari hasil google lan aku apa yang patut dibeli, apa yang patut untuk tak dibeli. Banyakkan membaca pengalaman orang yang dah beranak lebih sekali. Aku paham perasaan dah macam mana semangatnya bakal mak2 ni yang pertama kali nak borong barang baby. Memang syok. Kalau duit korang banyak, memang tak kisah lah.Kikiki

Ok, apa harus aku cerita yer. Tu jer kot buat masa ni. Nama baby alhamdulillah dah ada. Tinggal nak letak jer kat surat beranak ikut jantina. Untuk pertama kali ni, aku plan berpantang dekat rumah abah aku. Walaupun aruah mak dah tak der, tapi aku yakin dia nampak nanti ada cucu dia yang dok berpantang kat umah tu. Aku akan buat rerasa yang aruah mak ada. 

Oh yer, akak aku dah selamat bersalin. Baby boy. Hero/cucu pertama abah. Insyaallah kalau ada rezeki cucu yang ke2 bakal menyusul tahun ni gak. 

Insyaallah aku sambung lagi cerita khalifah kecil ni. 

Wassalam.



12 August 2014

Khalifah Kecil

Salam,

Aku nak mulakan entry ni dengan perkataan Syukur. Syukur yang tak terhingga. Semoga ayat-ayat dalam entry ni sangat baik bunyinya dan dapat dikongsi sama.

Bulan April. Ye..bulan April bulan penuh makna bagi aku. Macam yang aku pernah cerita lah sebelum ni kan. Kawen, dapat kerja. Ini yang terbaru. Dapat tau aku mengandung!!

Alhamdulillah. Allah tu Maha Adil dan Maha Pengasih. Doa aku termakbul juga. Selama ni aku cuma dapt baca entry orang lain pasal pengalaman pertama tahu diri tu hamil. Aku pun boleh kongsi jugak!!

Sampai tak tau nak mula kat mana. Kikiki..

Ok, mula dari tarikh hari pertama period aku yang lepas. Bulan Mac. 17hb. Tu tarikh mula period yang last. Lepas seminggu ok, sampailah aku nk tunggu kehadiran period untuk bulan April pulak. Kalau nk dikira, period aku stabil dari bulan Januari lagi. Minggu yang sama, bulan Februari pulak, tarikh yang sama 17hb aku period.

Bila yang April tak datang period lagi, aku pun tak risau sangat. Sebab sebelum ni ada gak kitaran haid aku tak stabil. Lepa tu stabil balik. Pernah sampai 2 minggu tak datang period. Ingatkan ada. Bila buat cek air kencing, hampa! Lepas tu period datang.

Yang kali ni pulak, nak dijadikan citer, aku terima tawaran BFF aku untuk join main bowling. Ada game under MDKL. Jumaat malam 25/4/2014 tu aku turun Banting tuk sesi latihan konon2. Kiki..nak cari keserasian, sebab main group. 

Masa sampai jer, BFF kata nampak aku muka letih gila. Aku pun rasa perkara yang sama. Sebab masa dalam kereta lagi, aku dah rasa lain jer badan ni. Lemah, tak bermaya. Penat tu tak lah sangat. Tapi kondisi badan tu lemah. Tapi gagahkan jugak nak main bowling malam tu.

Aku bgtaulah yang period aku dah seminggu tak datang. Dan dia berkeras suruh aku buat test. Aku pun iyerkan. Entah, masa ni perasaan kosong je. Aku sempat beli test kid kehamilan tu dekat 7E masa makan lunch dengan budak ofis. Kiki. Kata hati tak nak buat dulu, tapi Allah gerakkan hati aku tuk beli jugak.

Dan, ianya positif. Double line!!

Selama ni aku dok tunggu bila aku nak nampak double line kat test kid tu. Akhinya, masanya Allah bagi jugak rasa. Rasa nk jerit masa tu, tapi cover lagi. SMS En Husband. Minta call. Ada urgent. Terus bgtau dia hasil double line tu. Tak dapat tengok reaksi dia. Sebab dia pergi memancing dengan suami BFF aku..

Terus tak jadi main bowling masa tu. Yelah, BFF haramkan terus aku main. Dia terpaksa buat urgent call pulak tuk cari orang ganti aku. Kikiki.

Kuasa Allah, mana tau aku buat test kat toilet pusat bowling tu. Positif pulak tu. Kiki

Esoknya jumpa doktor nak sahkan aku mengandung. Bijaknya aku, aku g malam. Hahaha. Buat ujian depan doktor, tak kuar pulak double line tu. Memang jiwa parah. En Husband pun dah nampak muka kecewa. Doktor pun macam apa. Geram tul. 

Aku paksa gak en Husband pergi Watsons time tu gak. Aku beli 3 test kid. Hah! Sebab rasa memang aku mengandung. Subuh2 esoknya tu, aku bangun awal gila. Buat test. Hah, memang double line. Kejutkan En Husband. Tunjuk kat dia. Senyum je!

Isnin tu pulak, aku jumpa doktor panel. Tak mau nk kuarkan duit lagi. Sebab masa kat Banting, bukan pergi klinik panel. Kene RM 25.00! Dengan doktor tak senyum langsung tu. Tak pro lah Doc!

Dalam pukul 10.00 pagi aku pergi. So, akhirnya depan doktor memang double line. Yess!! Call en Husband, bagtau doktor dah sahkan. Call abah pulak nak bagi tau. 

Oh yer, sebelum aku mengandung, Kakak aku dah mengandung dulu. Amin..

Due date aku, Insyaallah bulan 12 nanti. Hujung2 gak. Kalau terlajak, anak tahun baru lah pulak. Kiki.

Sekarang alhamdulillah dah masuk 5 bulan. Segalanya ok. Cerita sebalik 5 bulan tu nanti aku ulas lagi. Ni nk bg entry permulaan jer. Kikiki.

Doakan yang terbaik tuk aku dan Kakak aku. Semoga semuanya selamat.

Aku dah terasa ada Khalifah Kecil dalam perut ni. Semoga menjadi Khalifah yang baik kepada Ibu & Ayah serta Agama. Insyaallah.

Insyaallah lepas ni ada entry lain. Pasal Khalifah Kecil ni.

Wassalam.