Salam,
Kali ni post something sekadar untuk meraikan hari terakhir 2011. Seriusnya tahun 2011 amat mencabar diri aku dan membantu aku untuk lebih matang dalam menempuh hidup sehari-hari. Banyak perkara yang berlaku telah memberi pengajaran yang berguna.
Selain tu, 2011 juga memberikan impak yang terindah dalam hidup aku. Tahun 2011 juga aku menamatkan status sebagai single dan bertukar kepada tunang orang. Memang begitu bermakna. Penat lelah bercinta, amin sangat-sangat disudahi dengan ikatan yang akan merapatkan lagi perasaan sayang tu. Tu sambung 2012 karang ok. Hehe..:)
Apa lagi..hubungan persahabatan aku yang tak pernah putus dengan kawan baik aku. Dari sekolah rendah..sampailah dah masuk era kerja cari makan. Smpai sekarang masih dilimpahi rahmah mu Ya Allah. Semoga hubungan kami sentiasa erat. Walau jauh beribu batu. Amat istimewa aku tujukan buat:-
- Norazlina Binti Mohd Damin
- Nurul Nadia Binti Darindi
- Siti Nor Hazliza Binti Rosli
- Mahyudi Bin Mahmud
- Ikmal Bin Dol Bahri
- Herwan Bin ...................lupa lah wa :)
- Farrah Suhada Binti............................lupa lah Farah :)
Mereka-mereka ini telah mengindahkan zaman dewasa aku. Tak lupa buat insan baru yang sangat comel :-
- Ammar Harith Bin Shakil Yazen
Memang serius..comel...sebiji mak die. Hehe...
Dan seorang teman baik yang tidak pernah aku lupa:-
- Noor Hasyiah Binti Mohamad (serius..minta maaf kalau salah eja nama )
Selain tu...blog ini jugak yang memberi impak terbaik. Selepas semua perancangan aku buat..alhamdulillah...tercapai jugak apa yang aku nak. Walaupun lambat...tapi amat bermakna bagi aku. Segalanya mungkin akan aku dedahkan disini. Insyaallah..2012 nanti aku sajikan makanan yang lebih baik dan hebat. (cehhh....hebat sangat ker..). ;0
Apapun...2011 melabuhkkan tirai...akan muncul 2012..Semoga semuanya berjalan dengan baik Insyallah...
Akhir sekali..ampun dan maaf untuk semua salah silap aku...atau terkurang / terlebih kata, Diri ini hanya manusia biasa yang kadang-kadang lalai dan khilaf.
Smpai jumpa lagi di tahun 2012.
Wassalam :)