Salam,
Alhamdulillah, cuma tinggal sehari jer lagi untuk kita masuk ke bulan penuh rahmat dan berkat. Ramadan.
Syukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk kita menjalani dan menikmati keindahan ramadan. Dikesempatan ini jugak, aku memohon ampun dan maaf. Tak payah tunggu raya kan. Minta maaf perlu pada bila-bila masa.hehe.
Jadi bersamalah kita mengumpul semua amalan yang terlampau banyak di bulan ramadan ni. Kerana tidak ada bulan lain selain ramadan yang Allah bukakan pintu2 syurga untuk hambanya.
Rasullulah bersabda:
"Setiap hamba yg berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkanya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" - Hadith Bukhari & muslim.
Untuk ibu2 yg ada anak yg pertama kali nak diajar puasa, ambillah peluang ini utk jelaskan sekali kelebihan puasa, bukan semata2 kene menahan lapar dan dahaga. Dan utk insan2 besar yg mmg dah tau wajibnya puasa, jgnlah mula mencari kedai2 India atau Cina utk membeli juadah tgh hari yer.Aku bercakp berdasarkan pengalaman aku sendiri ok tapi bukan aku yg buat ok!.hehe..
Rasulullah bersabda:
"Diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa". - surah Al Baqarah ayat 183.
Bulan puasa juga Allah s.w.t memurahkan rezeki hambanya. Tgk jer lah dekat pasar2 ramadan. Para peniaga dapat pulangan yg berlipat ganda. Kerana ramadan itu sendiri adalah bulan rahmat. Tapi ada juga yg lupa. Rezeki murah tapi jauh pula pada Allah. Inilah yg aku pernah rasa. Tapi alhamdulillah. Semakin bertambah usia aku boleh berfikir dgn cara lain. Apa yg penting sebenarnya yg ada dalam bulan ramadan tu.
Sewaktu aku belajar dekat Kedah sblm ni. Ramadan tu bagi aku cuma puasa dan menahan lapar dan dahaga. Tapi aku tak sedar betapa indahnya amalan solat tarawih ditambah lg dgn malam lailatul qadarnya. Dan semua amalan yg kita buat ada pahala yg menuggu yg bukan kecil nilainya. Aku cuma tau kawan kelas aku yg lain rajin ke masjid utk tarawih. Tapi tidak pada aku. Tapi sekarang, syukur ya Allah, Kau bukakan pintu hati aku utk lebih sedar akan kelebihan ramadan itu. Aku belajar dari pengalaman, dan inilah yg aku dpt. Ketenangan hati dan jiwa.
Sebab itulah aku tak sabar utk tunggu ramadan itu tiba. Cabaran hidup sentiasa ada. Kita kerja dalam masa yg sama kita kene puasa. Yer...yakinlah dgn Allah, ikhlaskan semua yg kita buat. Balasanya kita jugak yg akan terima. Semoga ramadan kali ini adalah yg terbaik utk kamu semua. Amin..
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat pintu yg dinamakan Ar-Rayyan. Orang yg berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak, tidak boleh masuk seseorang pun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman Dimanakah org yg berpuasa? mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah org yg terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada org lain akan memasuknya" -Hadih Bukhari & muslim -.
Selamat puasa semua. Korang juga boleh berjumpa dgn aku di pasar ramadan Banting. Tapi cuma lepas pkul 5.30. hehe, aku tlg abah aku di sana. :)
Wassalam.